Brazil Tolak Sistem Pertahanan Udara Akash Buatan India, Pilih EMADS Dibangunkan MBDA
Sebaliknya negara Amerika Latin itu memilih untuk berunding dengan konglomerat pertahanan Eropah, MBDA bagi memperolehi sistem pertahanan udara Enhanced Modular Air Defence Solutions (EMADS).
Dalam apa yang disifatkan sebagai keputusan yang mengecewakan industri pertahanan India, Brazil dilaporkan telah menggantung rundingan untuk memperolehi sistem pertahanan udara Akash selepas dikatakan tidak berpuashati dengan prestasi peluru berpandu itu.
Sebaliknya negara Amerika Latin itu memilih untuk berunding dengan konglomerat pertahanan Eropah, MBDA bagi memperolehi sistem pertahanan udara Enhanced Modular Air Defence Solutions (EMADS).
Sebagaimana telah dilaporkan, Tentera Darat Brazil sedang berunding kontrak bernilai hampir US$1 billion untuk memperolehi sistem pertahanan udara EMADS, yang dilengkapi dengan peluru berpandu Common Anti-Air Modular Missile –Extended Range (CAMM-ER).
Peluru berpandu CAMM-ER itu berkeupayaan membedil sasaran sejauh 40km berbanding peluru berpandu Akash yang berkeupayaan memdil sasaran sejauh di antara 25km hingga 30km.
Media-media India yang memetik Rio Times yang menyatakan bahawa Brazil mendapati sistem pertahanan udara Akash “kurang sesuai” dalam bertahan daripada serangan pesawat-pesawat berkelajuan tinggi dan rendah,dron dan peluru-peluru berpandu.
Sementara itu, sistem pertahanan udara EMADS menarik perhatian tentera Brazil berikutan prestasinya yang telah pun terbukti di dalam penggunaannya oleh negara-negara anggota NATO.
Tentera Darat British telah mula menggunakan sistem pertahanan udara EMADS sejak 2018 di bawah program Land Ceptor.
