Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Viral Gambar BMW M3, Kereta Peronda PDRM Terbaru?

Apa yang menarik perhatian adalah gambar sebuah kereta BMW M3 lengkap dengan livery dan logo PDRM. Adakah BMW M3 itu benar-benar milik PDRM atau hanya props untuk penggambaran filem?

0 7,196

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini, beberapa keping gambar kereta “peronda terbaru PDRM” daripada jenis BMW M3 lengkap dengan livery dan logo pihak berkuasa itu telah tersebar luas di dalam media-media sosial negara ini dan menjadi viral kerana ia adalah yang berkuasa tinggi (high-performance)

Sama ada kenderaan itu benar-benar kenderaan terbaru PDRM atau tidak, akan hanya mampu dijawab oleh PDRM sendiri menerusi kenyataan rasminya, bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PDRM.

Ada juga yang mengatakan bahawa kenderaan “PDRM” yang viral hari ini adalah props untuk penggambaran filem, tetapi itu juga tidak pasti.

Bagaimanapun gambar-gambar itu tetap menarik perhatian ramai, terutamanya kereta BMW M3 yang berkuasa tinggi yang dikategorikan sebagai kereta Grand Tourer dengan enjin 3 liter 6 silinder, 473 horse power (kuasa kuda) dan rear-wheel drive.

Kereta ini memang power kerana ia mampu meluncur  0km/j ke 100km/j dalam masa 3.5 saat.

BMW
Kereta BMW M3 (gambar kredit media sosial)

 

Bagaimana pula dengan harganya, ada peminat kereta berkuasa tinggi mengatakan harga BMW M3 ini adalah melebihi RM600,000 sebuah. Perghhhhh…

Gambar kereta BMW M3 itu bukan sahaja siap dengan logo PDRM, tetapi juga tertulis “High Performance” di sisi kereta itu, sememangnya ia adalah kenderaan yang “High Performance” (Berkuasa Tinggi).

Memang selepas ini, penjenayah atau mereka yang melakukan kesalahan trafik tidak mempunyai peluang untuk “melarikan diri” kerana BMW M3 terbabit sedia menanti mereka, itupun jika ia ditugaskan sebagai kenderaan peronda polis.

Jikalau BMW M3 itu ditugaskan sebagai kenderaan peronda, maka lokasi penugasannya yang paling sesuai adalah di lebuhraya-lebuhraya.

Tetapi terdapat juga kemungkinan bahawa kereta BMW M3 itu bukan untuk tugas meronda dan lebih untuk tugas-tugas iringan VVIP atau tugas rasmi.

BMW M3
Kereta BMW M3 (kredit media sosial)

 

Selain itu terdapat juga kod CPP 01 di sisi kereta BMW M3 dengan livery PDRM yang berkemungkinan merujuk kepada “Cawangan Pengawal Pengiring”.

Walauapapun kita tunggu kenyataan rasmi daripada PDRM.

Kehadiran BMW M3 itu di dalam inventori PDRM (sekiranya benar) akan menambah koleksi kereta-kereta berkuasa tinggi di dalam pasukan polis yang sebelum ini sudah pun memiliki Mitsubishi Lancer Evolution X dan Honda Civic FK8 Type R.

Selain sebuah kereta BMW M3 dengan insignia PDRM, dua buah kenderaan lain adalah BMW X3 dan dua buah Volkwagen Tiguan.

Tiguan
Volkswagen Tiguan (kredit media sosial)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...