Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

S’pura Pasang Peluru Berpandu “Blue Spear” Pada Friget Kelas-Formidable

Peluru berpandu anti-kapal/permukaan-ke-permukaan, “Blue Spear” itu dibangunkan hasil kerjasama di antara syarikat Singapura, ST Engineering (ST) dengan rakannya daripada Israel, Israel Aerospace Industries (IAI) dan mampu membedil sasaran sejauh 290km.

0 3,938

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Singapura mengesahkan bahawa ia akan menggantikan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” di kapal-kapal friget kelas-Formidable miliknya dengan peluru peluru berpandu anti-kapal/permukaan-ke-permukaan (SSM) “Blue Spear”.

Peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear” itu dibangunkan hasil kerjasama di antara syarikat Singapura, ST Engineering (ST) dengan rakannya daripada Israel, Israel Aerospace Industries (IAI).

Perkara itu disahkan oleh komander di dalam Tentera Laut Republik Singapura Kolonel Ng Kok Yeng Daniel kepada portal pertahanan antarabangsa, Janes ketika pameran IMDEX 2023 yang berlangsung di republik itu pada 3 hingga 5 Mei.

Blue Spear
Peluru berpandu “Blue Spear” adalah hasil kerjasama di antara Singapura dan Israel.

 

Penggantian peluru berpandu anti-kapal Harpoon yang dibangunkan oleh syarikat Boeing Defense di enam buah kapal friget kelas-Formidable ketika kapal-kapal perang terbabit menjalani Mid-Life Upgrades (MLU).

Dengan usianya telah mencecah 15 tahun, Singapura telah pun mengorak langkah untuk menjadikannya kapal-kapal friget kelas-Formidable milik terus memiliki berkeupayaan yang tinggi menerusi program “Mid Life Upgrades” atau SLEP (Service Life Extension Program).

Sebagaimana telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan republik itu, kapal friget kelas-Formidable akan dinaiktaraf dan dipertingkat di bawah program Mid-Life Upgrades itu.

Selepas naik taraf dan peningkatan kemampuan dibawah program MLU itu, kapal perang utama Tentera Laut Singapura itu akan memiliki sistem pengurusan kombat dan komunikasi yang lebih jitu, persenjataan yang lebih ampuh dan sistem penyelenggaraan yang lebih baik.

Kedua-dua syarikat yang membangunkan peluru berpandu “Blue Spear” itu, ST dan IAI telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dipanggil Proteus Advanced System yang merekabentuk, membangunkan dan memasarkan peluru berpandu terbabit.

Blue Spear

Dikategorikan sebagai peluru berpandu anti-kapal/darat generasi kelima, “Blue Spear” atau “Gabriel V” itu direka untuk memenuhi keperluan negara-negara kecil yang berhadapan dengan masalah sumber manusia yang terhad untuk mengoperasikan pelbagai platform peluru berpandu sama ada untuk tentera laut dan tentera darat.

Peluru berpandu anti-kapal/SSM “Blue Spear” itu boleh dilancarkan daripada kapal-kapal perang dan platform daratan oleh unit-unit tentera darat, selain menjimatkan kos untuk penyelenggaraan serta latihan anggota yang mengendalikan sistem ini.

Peluru berpandu anti-kapal/SSM itu boleh diubahsuai mengikut keperluan pengguna.

“Blue Spear” merupakan daripada keluarga peluru berpandu anti-kapal “Gabriel” yang dibangunkan oleh syarikat IAI pada 1960-an dan digunakan secara ekstensif ketika konflik di antara dunia Arab dan Israel ketika itu.

Tentera Laut Republik Singapura juga merupakan salah sebuah negara yang menggunakan peluru berpandu “Gabriel” ketika tahun-tahun 1970-an.

Formidable

Peluru berpandu generasi kelima “Blue Spear” itu memilik jarak effektif sejauh 290km dan merupakan peluru berpandu anti-kapal/darat yang subsonic, panduan radar dan berkemampuan Beyond-Line-Of-Sight (BLOS).

Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan peluru berpandu ini boleh membedil sasaran sejauh 400km, apa yang perlukan dilakukan adalah mengubahsuai peluru berpandu itu memanjangkan lagi jaraknya.

Memandangkan Israel memiliki hubungan ketenteraan yang amat rapat dengan beberapa negara di rantau ini seperti Thailand dan Filipina selain Singapura, maka terdapat kemungkinan juga bahawa “Blue Spear” juga akan digunakan di negara-negara terbabit di dalam tahun-tahun yang akan mendatang ini.

“Blue Spear” boleh digunakan dalam dua mode iaitu “Fire and Forget” dimana selepas pelancaran peluru berpandu itu akan mencari sasarannya sendiri dan “Fire and Update” dimana operator masih boleh mengemaskini trajektori sasaran walaupun selepas peluru berpandu itu dilancarkan. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...