Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Belon Pengintip China Setinggi Bangunan 20 Tingkat – Tentera Amerika

Belon pengintip milik China yang ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-22 “Raptor” Tentera Udara Amerika Syarikat beberapa hari lepas memiliki ketinggian bersamaan dengan bangunan setinggi 20 tingkat dan membawa bebanan sebesar sebuah pesawat komersial.

1,321

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Belon pengintip milik China yang ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-22 “Raptor” Tentera Udara Amerika Syarikat beberapa hari lepas, memiliki ketinggian bersamaan dengan bangunan setinggi 20 tingkat.

Perkara itu didedahkan oleh komander North American Aerospace Defence Command (NORAD) Jeneral Glen Van Herck.

Belon pengintip milik China itu menurutnya, juga dipercayai membawa bebanan sebesar sebuah pesawat komersial.

Selepas beberapa hari berada di ruang udara Amerika Syarikat, belon pengintip milik China yang mengemparkan Amerika Syarikat telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X dilancarkan oleh pesawat pejuang F-22 “Raptor” kira-kira enam batu nautika perairan South Carolina.

Pesawat pejuang F-22 yang  berpengkalan di Pangkalan Udara Langley itu dilapor telah melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara terhadap belon pengintip milik China itu yang berada pada ketinggian 56,000 kaki.

Belon
Detik-detik belon pengintip milik China ditembak jatuh,

 

Pesawat pengintip U-2 turut dikerah menjejak belon pengintip milik China itu.

Pegawai=pegawai pertahanan Amerika Syarikat yakin bahawa tujuan utama kehadiran belon itu di ruang udara negara itu adalah untuk mengintip, malah terdapat laporan mengatakan insiden itu bukan kali pertama.

Menurut Wall Street Journal, belon itu terbang di atas negeri Montana, lokasi dimana terletaknya 150 peluru berpandu balistik nuklear antara benua (Inter Continental Ballistic Missile) disimpan di pangkalan tentera udara negara itu.

Van Herck juga mengatakan bahawa pihak tentera Amerika Syarikat masih belum mengenalpasti sama ada belon pengintip itu membawa bahawa letupan atau komponen bateri yang merbahaya.

Disebabkan saiznya yang besar, pihak berkuasa  Amerika memutuskan untuk tidak menembaknya jatuh lebih awal kerana bimbang serpihannya akan jatuh di kawasan penduduk dan mengancam keselamatan orang awam, selain merosakkan bangunan.

Sebab itulah pihak berkuasa Amerika Syarikat menunggu belon pengintip itu sehingga ia berada di Lautan Atlantik sebelum menembaknya.

Presiden Jo Biden dilapor mahukan belon pengintip itu ditembak jatuh lebih awal tetapi tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang serpihan belon yang saiznya menyamai sebuah pesawat komersial akan mengancam kawasan penduduk.

Kehadiran belon “pengintip” itu telah meningkatkan ketegangan di antara Washington dan Beijing sehingga menyebabkan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken ke China pada bulan ini dibatalkan.

Sementara itu pihak pengawal pantai Amerika Syarikat telah menwujudkan zon keselamatan di kawasan pesisir pantai South Carolina bagi membolehkan usaha mencari serpihan belon pengintip itu berjalan dengan lancar.

Pegawai-pegawai keselamatan negara itu berharap dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang belon pengintip milik China itu apabila mereka berjaya menemui serpihannya.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kementerian Luar China yang mendakwa ia merupakan belon untuk tujuan kaji cuaca dan membidas tindakan Amerika Syarikat mengerah pesawat pejuangnya untuk menembak jatuhnya menggunakan peluru berpandu.

Beijing juga mengatakan bahawa ia akan menegakkan hak dan kepentingan syarikat pemilik belon itu untuk bertindak balas terhadap apa yang dilakukan oleh Washington.

Ia juga mengatakan bahawa tindakan menembak jatuh belon itu adalah keterlaluan dan melanggar norma antarabangsa. — DSA

 

Comments are closed.