Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mahathir Mungkin “Cuai”, “Khilaf” Dalam Isu Batu Puteh – PM

“Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008," menurut kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

0 1,505

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Jemaah Menteri bersetuju Malaysia meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dicapai setelah mendengar laporan pembentangan dan cadangan daripada Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 7 Okt lepas.

“Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008.

Tubir Selatan
Jarak di antara Pulau Batu Puteh milik Singapura dan Middle Rocks milik Malaysia.

 

“…dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas Tun Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018,” menurutnya dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita nasional BERNAMA hari ini.

Beliau berkata pasukan khas berkenaan turut mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahan kedaulatan negara.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju untuk menyahklasfikasikan dan mendedahkan Laporan Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in the Wilderness tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas kepada umum.

Beliau berkata ia dipersetujui setelah Kabinet mendengar pembentangan laporan daripada Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in the Wilderness pada 30 Sept lepas.

Pada hari sama, Ismail Sabri mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Thomas berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku itu.

Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Perdana Menteri juga berkata pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh kedua-dua pasukan petugas khas seperti meneliti, menyemak dokumentasi dan material berkaitan, mengadakan siri perbincangan dan mesyuarat, lawatan kerja dalam dan luar negara, khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan juru hidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu dikenal pasti bagi melaksana tugasan sebagaimana terma rujukan yang ditetapkan.

“Syor-Syor hala tuju kerajaan dan penambahbaikan yang dicadangkan oleh pasukan petugas khas melalui kedua-dua laporan ini adalah bersifat telus, berkecuali dan inklusif dengan mempertimbang hasil analisis, penelitian serta pemerhatian ahli pasukan petugas khas.  

“Pelaksanaan pasukan petugas khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. 

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.

Selain itu, ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada Mei 2018, ketika kerajaan diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) ia telah bertindak menarik balik permohonan negara untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan bahawa kedaulatan Batu Puteh adalah milik Singapura.

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memberikan alasan mengapa kerajaan menarik semula permohonan menyemak semula keputusan ICJ berkenaan Batu Puteh itu.

Tindakan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir itu memeranjatkan banyak pihak kerana pada 2017 ketika kerajaan persekutuan dipimpin oleh Barisan Nasional (BN),  Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bahawa Pejabat Peguam Negara telah menemui tiga fakta baru bagi menyokong permohonan Malaysia untuk menyemak semula keputusan ICJ memberikan pemilikan Batu Puteh kepada Singapura.

Tiga fakta baru itu ditemui selepas Pejabat Peguam Negara meneliti lebih 3,000 dokumen milik National Archives of the United Kingdom atau Arkib Negara United Kingdom. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...