Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF Terima RM17.4 Bilion Dalam Bajet 2023

Bajet pertahanan yang agak besar dengan tambahan RM1.23 bilion itu perlu diperincikan dan keutamaan perbelanjaannya adalah terhadap perkara-perkara yang bersandarkan aset-aset, penyelengaraan, perumahan dan kepada golongan veteran.

0 5,461

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion untuk terus memperkukuhkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata pada 2023 usaha kerajaan adalah untuk melaksanakan pembelian dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kesiagaan pertahanan dengan peruntukan hampir RM4 bilion.

Beliau berkata kerajaan juga akan melakukan pembelian dan penyelenggaraan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan keselamatan dalam negeri dengan peruntukan RM431 juta.

ATM
Kredit ATM

 

“Usaha utama kerajaan termasuk aspek penyelenggaraan semua kapal dan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan keselamatan kawasan maritim negara dengan peruntukan RM485 juta.

“Selain itu, perolehan alat pengimbas badan dan menaik taraf fasiliti di lima penjara antaranya Penjara Seremban di Negeri Sembilan dengan peruntukan RM18 juta,” katanya.

 Tengku Zafrul berkata kerajaan akan turut menambah 25 pos kawalan sempadan Pasukan Gerakan Am (PGA), Imigresen, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), APMM antaranya di Serikin, Sarawak dan Lahad Datu di Sabah.

Sementara itu, beliau berkata kebajikan pasukan beruniform tanah air dan para pesara akan terus dipelihara menerusi inisiatif yang akan dilaksanakan tahun hadapan merangkumi RM118 juta untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

“Kerajaan bercadang untuk membina RKAT baharu pelbagai kelas di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang selain 12 projek pembinaan RKAT yang sedang berjalan.

TLDM
(kredit TLDM)

 

“Sebanyak RM42 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menaik taraf kuarters kediaman PDRM,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata RM28 juta diperuntukkan pada 2023 bagi meneruskan tiga projek pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara antaranya di Pusat Koreksional Labuan dan Akademi Koreksional Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan memberikan 50 peratus diskaun ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana kepada 21,000 pemegang kad veteran ATM dan kad pesara polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula, beliau menyifatkan bajet kali ini sebagai satu tambahan sebanyak 7.8 peratus yang diterima kementeriannya berbanding tahun lepas.

Ujarnya, jumlah bajet yang agak besar dengan tambahan RM1.23 bilion itu perlu diperincikan dan keutamaan perbelanjaannya adalah terhadap perkara-perkara yang bersandarkan aset-aset, penyelengaraan, perumahan dan kepada golongan veteran.

TUDM
(TUDM)

 

“Saya bersyukur jumlah peruntukan kepada Mindef bertambah, kita akan melihat perinciannya dan saya berharap tambahan itu dapat kita salurkan kepada empat perkara keutamaan yang saya sebut tadi,” tambahnya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...