Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Australia “Tanggal dan Tanam” 40 Buah Helikopter MRH-90 “Taipan” Bernilai RM16.6 Bilion

Laporan media menyatakan bahawa Australia telah memutuskan untuk menanggalkan (disassemble) bahagian-bahagian helikopter itu secara senyap-senyap dan menanamnya. Setiap sebuah helikopter itu dianggarkan bernilai US$20 juta (RM90 juta) pada pasaran helikopter terpakai.

0 12,663

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Australia dilapor telah mula menanggalkan bahagian-bahagian 45 buah helikopter MRH-90 (NH-90) miliknya dan menanamnya di tanah-tanah milik angkatan tentera negara itu.

Laporan media menyatakan anggota-anggota teknikal daripada tentera bertindak begitu secara senyap-senyap.

“Keputusan telah diambil untuk menanggalkan (disassemble) komponen helikopter secara senyap-senyap dan menanamnya. Setiap sebuah helikopter itu dianggarkan bernilai US$20 juta (RM90 juta) setiap sebuah di pasaran helikopter terpakai,” menurut laporan.

Helikopter MRH-90 itu turut dipanggil “Taipan”.

Walaupun terdapat cadangan supaya kerajaan Australia mejual helikopter terbabit yang dibangunkan oleh syarikat NH Industries (NHI), namun cadangan itu diketepikan.

Kerajaan Australia berpendapat adalah lebih baik melupuskan 40 buah helikopter terbabit yang keseluruhannya  dianggarkan bernilai US$800 juta (RM3.6 bilion), daripada menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Australia

Pihak Australia memutuskan untuk menggantung perkhidmatan helikopter MRH-90 sejak Julai lepas berikutan kemalangan dimana sebuah helikopter itu terhempas ke lautan ketika terlibat dalam satu latihan tentera.

Dalam kemalangan itu, empat anggota tentera Australia terbunuh.

Insiden yang berlaku pada Julai itu adalah kemalangan kedua melibatkan helikopter MRH-90 Australia pada tahun ini.

Pada Mac tahun yang sama, sebuah helikopter MRH-90 dipaksa melakukan pendaratan cemas di pantai timur Australia.

Pada September lalu, pihak Australia mengisytiharkan secara rasmi bahawa kesemua helikopter MRH-90 milik negara itu tidak akan terbang lagi sehingga Disember 2024 apabila ia ditamatkan perkhidmatan.

Sejak memasuki perkhidmatan angkatan tentera Australia, helikopter MRH-90 telah melalui sejarah yang getir dengan beberapa cabaran terutamanya melibatkan isu-isu berkenaan penyelenggaraan dan keselamatan penerbangan.

Australia

Jabatan Pertahanan Australia menganggarkan keseluruhan kos program helikopter MRH-990 akan meningkat kepada US$15 bilion (RM67.5 bilion) sehinggalah tempoh ia menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2037 sebagaimana dijadualkan.

Kos itu termasuklah perolehan kesemua helikopter itu sebanyak US$3.7 bilion (RM16.65 bilion) dan US$11.3 bilion (RM50.85 bilion) untuk penyelenggaraan.

Masalah berkenaan pengoperasian helikopter MRH-90 itu bukan sahaja dihadapi oleh Australia, tetapi juga negara-negara pengguna yang lain termasuk Norway, Sweden dan juga Jerman.

Berikutan dengan keputusannya untuk menamatkan khidmat helikopter MRH-90, Australia pada masa yang juga telah bersetuju untuk mendapatkan helikopter UH-60 Blackhawk daripada Amerika Syarikat untuk menggantikan helikopter Taipan yang “bermasalah” itu. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...