Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anggota Tentera Mesir-Israel Berbalas Tembakan di kawasan Sempadan Kedua Negara di Rafah

Sumber-sumber Mesir memberitahu media Arab bahawa seorang anggota tentera negara itu disahkan terbunuh manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan akibat insiden berbalas tembak yang sudah tentu akan meningkatkan lagi ketegangan di kawasan sempadan antara kedua negara itu.

0 2,923

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota tentera Mesir dan Israel berbalas tembakan di kawasan sempadan kedua-dua negara berhampiran dengan bandar Rafah di Palestin yang sedang diserang dengan hebat oleh tentera Yahudi.

Sumber-sumber Mesir memberitahu media Arab bahawa seorang anggota tentera negara itu disahkan terbunuh manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan akibat insiden berbalas tembak yang sudah tentu akan meningkatkan lagi ketegangan di kawasan sempadan antara kedua negara itu.

“Tentera Mesir tidak memulakan insiden berbalas tembak dengan tentera Israel itu,” kata sumber tentera Mesir kepada Al-Araby Al-Jadeed mengenai kejadian itu yang sedang disiasat oleh tentera Israel

Sementara itu,tujuh anggota tentera Israel dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembak dengan  tentera Mesir di kawasan sempadan itu.

Tentera Israel telah menghalang sebarang pengeluaran berita mengenai insiden terbabit pada ketika ini.

Mesir
Pintu sempadan Rafah

 

Sumber-sumber keselamatan memberitahu portal berita The New Arab bahawa berikutan kejadian itu pihak tentera Mesir telah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan di kawasan Sinai Utara yang dirampas oleh tentera Israel awal bulan ini.

“Anggota tentera Israel telah melepaskan tembakan dan selepas itu barulah melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri daripada kawasan kejadian itu,” kata sumber keselamatan yang enggan mendedahkan identitinya kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Pada ketika ini tidak banyak maklumat diperolehi tentang insiden membimbangkan, tetapi laporan yang tidak dapat disahkan mengesahkan bahawa anggota tentera Israel telah berundur daripada kawasan di bahagian Palestin di bandar Rafah.

Walaupun secara teknikalnya telah berdamai dengan Israel sejak akhir tahun 1970-an, tetapi masyarakat awam Mesir tidak bersetuju dengan kerajaan negara itu yang menandatangani perjanjian damai dengan Tel Aviv.

Secara diplomatik dan komersial, Mesir melayan Israel sebagai negara sahabat dengan kepentingan di dalam beberapa bahagian, tetapi ketegangan melonjak selepas Tel Aviv melancarakan peperangan terhadap Palestin sejak Oktober tahun lepas.

Israel

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara jiran itu menjadi semakin buruk selepas Israel meneruskan hasratnya menyerang Rafah walaupun beberapa kali dimintak tidak berbuat demikian oleh negara-negara dunia termasuk sekutu utamanya, Amerika Syarikat.

Mesir dan Amerika Syarikat meminta Israel supaya membatalkan hasratnya untuk menyerang bandar Rafah yang dihuni oleh 1.4 juta orang tetapi ia tidak dihiraukan oleh pihak Tel Aviv yang meneruskan hasratnya untuk menyerang bandar Palestin itu.

Serangan Israel terhadap Rafah yang bermula pada awal bulan ini, telah memburukkan lagi keadaan yang sudah pun mencemaskan di Gaza berikutan penutupan kawasan laluan sempadan Rafah di utara Sinai.

Kawasan laluan sempadan dengan Mesir terletak di  Salah Al-Din (Philadelphi) corridor, yang merupakan kawasan penampan yang dikuasai oleh pasukan keselamatan Mesir.

Bersama-sama kawasan laluan Karm Abu Salem (Kerem Shalom), laluan Rafah di sempadan itu adalah amat penting untuk misi-misi kemanusian penduduk yang kini sedang berhadapan dengan masalah kebuluran yang amat besar. — DSA

 

 

Comments
Loading...