(VIDEO) ROKETSAN Telah Selesaikan Ujian Sistem Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “KARAOK”

(VIDEO) Presiden Turkish Defense Industry (SSB) Prof Haluk Gorgun dalam satu kenyataan beberapa hari lalu berkata,sistem peluru berpandu anti-kereta kebal KARAOK sekali lagi telah membuktikan keberkesanannya dan kapasiti industri pertahanan Turkiye dengan menyelesaikan ujian di bawah keadaan yang paling sukar.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turkiye, ROKETSAN telah menyelesaikan ujian pelancaran sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “KARAOK” baru-baru ini.
Malaysia menandatangani kontrak dengan ROKETSAN pada 2023 untuk memperolehi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal KARAOK, dengan penghantaran pertama sistem peluru berpandu itu dijangkakan bermula pada 2026.
Tentera Darat Malaysia dilaporkan memperolehi sehingga 18 unit pelancar bersama-sama 106 peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” yang dibangunkan oleh ROKETSAN itu.
Presiden Turkish Defense Industry (SSB) Prof Haluk Gorgun dalam satu kenyataan beberapa hari lalu berkata,sistem peluru berpandu anti-kereta kebal KARAOK sekali lagi telah membuktikan keberkesanannya dan kapasiti industri pertahanan Turkiye dengan menyelesaikan ujian di bawah keadaan yang paling sukar.
“Sistem pertahanan negara kita (Turkiye) meningkatkan keselamatan dan keupayaan pencegahan dengan kemampuan di lapangan. Penyelesaian inovatif seperti ini (sistem peluru berpandu anti-kereta kebal KARAOK) adalah langkah kukuh ke arah mewujudkan Turkiye yang berdikari dan kuat.”
“Saya mengucapkan tahniah kepada subkontraktor, pihak SSB, dan kakitangan ROKETSAN yang terlibat dalam projek ini atas kejayaan penting ini. Mari kita terus bekerja tanpa henti demi masa depan Turkiye,” kata beliau.
Selain mod “fire and forget” (tembak dan lupakan), peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” juga adalah sistem yang berkemampuan membedil secara langsung (direct) serta “top attack” (bahagian atas) kereta kebal yang dketahui memiliki ketahanan armor yang rendah.
Kaedah “top attack” itu memastikan “KARAOK” berkemampuan memusnahkan hampir kesemua kereta kebal utama yang beroperasi pada ketika ini.
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” juga dikenali sebagai peluru berpandu yang mempunyai kemampuan yang hampir sama dengan peluru berpandu FGM-148 “Javelin”.
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” berkaliber 125mm dan mampu membedil sasaran sehingga 2.5km jauhnya dan juga dilengkapi dengan sistem panduan Imaging Infrared Seeker serta peledak armor piercing tandem warhead.
Komponen bagi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “KARAOK” itu terdiri daripada Command Launch Unit (CLU) yang boleh dipakai berulang-kali sama seperti sistem Javelin dan peluru berpandunya.
KARAOK
Berat keseluruhan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” itu adalah sekitar 16kg.
Malaysia merupakan negara eksport pertama yang memilih sistem peluru berpandu anti-kereta  “KARAOK” keluaran ROKETSAN daripada Turkiye untuk angkatan tenteranya.
“KARAOK” akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “Metis-M” (AT-13 Saxhorn) buatan Russia yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia sejak 20 tahun lalu.
Dalam satu temuramah dengan agensi berita nasional Malaysia BERNAMA ketika DSA 2024, Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN, Chumur Murat Boz berkata penghantaran “KARAOK” pada 2026 itu akan menjadikan Malaysia negara luar Turkiye yang pertama menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana keluaran Turkiye itu.
Pada ketika ini, sistem peluru berpandu jarak sederhana “KARAOK” itu turut digunakan oleh tentera Turkiye.
KARAOK
“Terdapat permintaan besar untuk sistem antikereta kebal mudah alih dan pertahanan udara di seluruh dunia. Malaysia akan menjadi penghantaran pertama kami untuk KARAOK.
“Tahun lepas (2023) kami menandatangani kontrak dan mengikut kontrak itu, ia akan dihantar pada awal 2026. Kami tidak melihat ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sebagai pelanggan tetapi sebagai rakan strategik kami…kami ingin menambah nilai serta menyumbang kepada keselamatan dan kedaulatan Malaysia serta angkatan tenteranya,” katanya.
ROKETSAN menurut beliau akan menyediakan program latihan intensif kepada anggota ATM sebelum penghantaran KARAOK.
“Kami juga akan menyediakan latihan untuk jurulatih supaya mereka dapat melatih jurulatih seterusnya,” katanya sambil menambah ia akan dijalankan secara simulator dan latihan dunia sebenar. — DSA

 

KARAOKMalaysiaRoketsanTurkiye
Comments (0)
Add Comment