[VIDEO] Qatar Bakal Punyai Sistem Radar Paling Berkuasa Di Timur Tengah

Kompleks radar amaran awal Qatar itu akan dilengkapi dengan “Radar Amaran Awal A/N FPS-132 Block 5” yang dibekalkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon Technologies dengan kos sebanyak US$1.1 bilion.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada akhir tahun ini, Qatar, sebuah negara kecil di Timur Tengah bakal memiliki kompleks radar amaran awal paling berkuasa di rantau itu bagi memberikan negara Arab “perlindungan total” daripada sebarang ancaman udara.

Kompleks radar amaran awal Qatar itu akan dilengkapi dengan “Radar Amaran Awal A/N FPS-132 Block 5” yang dibekalkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon Technologies dengan kos sebanyak US$1.1 bilion.

Kontrak pembelian radar amaran awal itu dimeterai pada 2017 dan selepas empat tahun pembinaan, kompleks itu kini telah hampir siap.

“Radar Amaran Awal A/N FPS-132 Block 5” ini memang berkuasa tinggi, kerana direkabentuk untuk mengesan dan memantau pelancaran peluru berpandu ballistik daripada jarak 3,000 batu atau 4,828 kilometer secara “real time.”

Maksudnya, apa-apa pelancaran peluru berpandu atau kehadiran pesawat daripada lingkungan jarak tersebut, ia boleh dikesan oleh radar amaran awal Qatar itu.

 

Dan sistem radar amaran awal Qatar itu akan diintegrasikan dengan lapisan sistem pertahanan udara negara itu, memastikan negara itu selamat daripada sebarang ancaman yang datang daripada udara.

Sistem pertahanan udara Qatar termasuklah sistem pertahanan udara Patriot.

Qatar ini adalah sekutu kuat kepada Amerika Syarikat dan ia menempatkan ribuan tentera negara itu di beberapa pangkalannya seperti Al Udeid.

Selain itu ia juga menempatkan ibu pejabat kepada CENTCOM Tentera Amerika Syarikat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Qatar yang tidak mempunyai hubungan yang agak baik dengan Arab Saudi telah meningkatkan kemampuan angkatan tenteranya dengan memperolehi pesawat-pesawat pejuang seperti Rafale, F-15QA dan Eurofighter Typhoon.

Qatar mempunyai hubungan yang baik dengan Turki dengan Ankara turut menempatkan tenteranya di negara Teluk itu selain melatih pasukan khas  dan polis Qatar.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Pertahanan UdaraQatarRadar Amaran Awal
Comments (0)
Add Comment