Anggota Polis Filipina Bunuh Dua Beranak Selepas Bertengkar

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pembunuhan dua beranak oleh seorang anggota polis Filipina di pekan Tarlac, utara Manila telah membangkitkan kemarahan penduduk negara itu tentang dakwaan  keganasan anggota polis terhadap orang awam.

Pembunuhan dua beranak oleh anggota itu telah berjaya dirakam dan tersebar di media social negara itu.

Kejadian pembunuhan kejam itu berpunca akibat pertengkaran antara anggota polis terbabit yang dikenali dengan nama Sarjan Jonel Nuezca yang berusia 46 tahun bersama anak perempuannya dengan pasangan dua beranak itu, Sonya Gregorio, 52, dan anak lelakinya, Frank Anthony.

Pertengkaran berpunca akibat penggunaan  alat diperbuat daripada PVC dikenali “Boga” (sperti meriam buluh) untuk sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru. Menurut laporan media tempatan, “Boga” ini adalah meriam (cannon) yang dibuat sendiri oleh penduduk tempatan dan mengeluarkan bunyi yang kuat untuk sambutan perayaan penting.

Sonya Gregorio dan anaknya, Frank Anthony (belakang).

Antara pertengkaran yang jelas didengar oleh video rakaman itu adalah anak perempuan anggota polis itu menjerit “My father is a policeman” dan dibalas dengan ejekan oleh Sonya “I don’t care, er, er, er…”

Selepas itu, Nuezca mengeluarkan pistol otomatik 9mm milik anggota polis dan menembak Sonya terlebih dahulu yang sedang memeluk anaknya sebelum menembak pula anaknya, Frank.

Anggota polis itu sempat melepaskan satu das tembakan di bahagian kepala Sonya walaupun wanita itu telah terbaring.

Pistol yang digunakan dalam pembunuhan Sonya dan anaknya, Frank.

Nuezca merupakan anggota polis yang bertugas di bahagian makmal jenayah di stesen polis Paranaque and memiliki masalah rekod disiplin.

Media tempatan melaporkan dan sebagaimana yang dilihat dalam video itu, anggota polis terbabit telah melepaskan dua das tembakan masing-masing di bahagian kepala terhadap Sonya dan anak lelakinya itu, Frank.

Selepas daripada kejadian itu, anggota polis terbabit telah meninggalkan lokasi kejadian menggunakan motosikal tetapi menyerahkan diri di sebuah balai polis berhampiran dan telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Anggota Polis Sarjan Jonel Nuezca.

Pembunuhan itu telah membangkitkan kemarahan penduduk Filipina yang mendakwa anggota polis di bawah pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte telah bertindak kejam di luar batas undang-undang terhadap mereka yang disyaki melanggar undang-undang.

Kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson diiringi kapal pemusnah kelas-Arleigh Burke, USS Bunker ketika memasuki Teluk Manila.
Mayat Sonya dan anaknya, Frank terbaring di halaman rumahnya selepas ditembak oleh anggota polis Jonel Nuezca.

“Skuad-skuad pembunuh” dipercayai anggota polis Filipina didakwa berkeliaran di Manila untuk mencari dan membunuh penjenayah  terutamanya penagih dan pengedar dadah.

— DEFENCE SECURITY ASIA

BunuhFilipinaFrank AnthonyJonel NuezcaPolisSonya GregorioTembak