Serangan USV Ukraine Hampir Sebabkan Kapal Perang Russia “Olenegorsky Gornyak” Karam

Akibat serangan daripada USV pihak Ukraine yang dilengkapi dengan bahan letupan itu, kapal Landing Ship Tank (LST) milik Tentera Laut Russia Project 775 “Olenegorsky Gornyak” telah mengalami kerosakan yang agak teruk.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dibantu dengan maklumat dan data koordinasi daripada aset-aset Intelligence, Suuveillance and Reconnaisance (ISR) udara pihak NATO,  bot dron permukaan tanpa pemandu (Unmanned Surface Vessel – USV) Ukraine telah meledak berhampiran sebuah kapal perang Russia di pelabuhan Novorossiysk, Laut Hitam.

Akibat serangan daripada USV pihak Ukraine yang dilengkapi dengan bahan letupan itu, kapal Landing Ship Tank (LST) milik Tentera Laut Russia Project 775 “Olenegorsky Gornyak” telah mengalami kerosakan yang agak teruk.

Gambar terbaru menunjukkan kapal LST bersaiz besar kelas-Ropucha seberat kira-kira 4,000 tan  itu kelihatan senget di sisinya ketika ia ditunda ke kawasan pembaikan kapal di pelabuhan terbabit.

Kamera pada USV Ukraine beberapa ketika sebelum serangan.

 

Kementerian Pertahanan Russia yang mengesahkan tentang serangan pada waktu malam 4 Ogos itu menyatakan bahawa pihak Ukraine menggunakan dua buah USV dipandu SATCOM (Satellite Commuication) dan dilengkapi bahan letupan untuk melakukan serangan terhadap kapal perangnya itu.

Bagaimanapun,ia berkata pihak pengawal kapal perang itu berjaya memusnahkan USV Ukraine itu ketika ia menghampiri kapal perang “Olenegorsky Gornyak”, tetapi daripada imej-imej yang tersebar menunjukan kapal perang telah mengalami kerosakan akibat insiden itu.

Laporan menyatakan walaupun letupan tidak mengenai kapal itu, namun impak daripada letupan telah meninggalkan lubang di sisi kapal sehingga menyebabkan air laut mencurah masuk ke dalam kapal dan membanjiri beberapa kompartment.

Akibatnya, kapal perang itu telah senget ke sisinya akibat ketidakseimbangan, berpunca daripada impak letupan itu.

Jika USV itu mengenai tepat kapal perang Russia itu, maka sudah pasti kapal perang itu sudah berada di dasar laut pada ketika ini kerana USV itu berkemampuan membawa bahan peledak sehingga 450kg beratnya.

Media-media menyatakan bahawa apa yang dialami oleh kapal LST ““Olenegorsky Gornyak” itu adalah paling signifikan sejak insiden penenggelaman kapal perang “Moskva” oleh peluru berpandu “Neptune” Ukraine di perairan berhampiran Odessa ketika permulaan konflik April tahun lepas.

Walaupun Ukraine tidak lagi mempunyai kapal-kapal perang, tetapi kehadiran bot-bot dron (USV) dilengkapi bahan letupan semakin memberikan ancaman kepada aset-aset maritim  pihak tentera laut Russia.

Serangan terhadap kapal LST bersaiz besar milik Tentera Laut Russia itu dikatakan telah dikoordinasikan oleh aset-aset udara ISR milik NATO seperti pesawat peronda maritime P-8 “Poseidon”, dron MALE MQ-9 “Reaper”, dron HALE “Global Hawk” dan pelbagai imej serta koordinat daripada satelit-satelit pengintip.

Ia adalah sama seperti yang dilakukan ketika serangan terhadap kapal perang “Moskva” dimana aset-aset ISR NATO telah menyokong dan membantu serangan itu.

Sebab itulah, Russia telah meningkatkan penggunaan aset-aset peperangan elektroniknya (EW) dalam “menumpulkan” lagi kesan daripada aset-aset ISR termasuk satelit terhadap serangan pihak Ukraine terhadap kedudukannya.

Pesawat peronda maritim P8-A Poseidon

 

Dalam satu serangan lain dipercayai berfungsi sebagai diversionary taktik untuk mengabui mata tentera Russia daripada keselamatan di pelabuhan Novorossiysk di Laut Hitam itu, pihak Ukraine turut melancarkan serangan dron terhadap pangkalan udara Chernobaevka di wilayah Kherson.

Bagaimanapun Kementerian Pertahanan Russia menyatakan bahawa serangan 18 buah dron oleh Ukraine itu berjaya dipatahkan dengan 10 dron itu ditangani oleh sistem pertahanan udaranya manakala selebihnya oleh sistem peperangan elektroniknya,

Tiada kemalangan jiwa atau aset tentera Russia daripada serangan dron Ukraine itu. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredOlenegorskyRussiaUkraineUSV
Comments (0)
Add Comment