(UPDATE/VIDEO) Dua Buah Eurofighter Typhoon Mendarat di Turkiye untuk Pemeriksaan

(VIDEO) Kehadiran kedua-dua buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu di Ankara menandakan kemajuan di dalam usaha Turkiye untuk memperolehi pesawat itu yang berhadapan dengan “masalah” penentangan daripada kerajaan Jerman terhadap perolehan itu sebelum ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon milik Royal Air Force (RAF) telah mendarat di Pangkalan Udara Murted, Ankara, ibu negara Türkiye, untuk pemeriksaan oleh pegawai Turkiye, ketika Ankara sedang berusaha untuk memperolehi 40 buah pesawat pejuang yang dibangunkan oleh empat buah negara Eropah.
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu dibangunkan oleh konsortium empat buah negara Eropah terdiri daripada United Kingdom, Jerman, Sepanyol dan Itali, dengan penjualannya memerlukan persetujuan daripada keempat-empat negara itu.
Kehadiran kedua-dua buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu di Ankara menandakan kemajuan di dalam usaha Turkiye untuk memperolehi pesawat itu yang berhadapan dengan “masalah” penentangan daripada kerajaan Jerman terhadap perolehan itu sebelum ini.
Kini, selepas Jerman mengugurkan penentangannya terhadap cadangan perolehan oleh Turkiye, maka kedua-dua pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu tiba di Ankara untuk pemeriksaan.
“Pesawat (Eurofighter Typhoon) yang tiba untuk pemeriksaan oleh Tentera Udara kami (Turkiye) telah disambut oleh Menteri Negara untuk Perolehan dan Industri Pertahanan United Kingdom Maria Eagle, bersama Panglima Tentera Udara Jeneral Ziya Cemal Kadıoğlu, Timbalan Menteri Şuay Alpay, serta anggota tentera kami yang bertugas,” menurut kenyataan yang dikongsi oleh Kementerian Pertahanan Turkiye di platform X.
Kementerian Pertahanan Turkiye turut mengesahkan bahawa kedua-dua buah pesawat pejuang tersebut tiba di Ankara selepas menyertai latihan di Qatar.
Penerbangan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon RAF ke Ankara itu turut diiringi oleh pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Turkiye.
Menurut Guler sebelum ini, dua buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon milik Royal Air Force akan diterbangkan ke Turkiye dari Qatar pada 18 Disember  untuk tujuan pemeriksaan lebih dekat oleh Ankara.
 “Kedua-dua buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu yang sedang melaksanakan latihan di Qatar, akan diperiksa sebagai sahaja ia tiba di Ankara,” kata Menteri Pertahanan Turkiye itu dalam temuramah dengan stesen televisyen Turkiye TRT Haber TV.
Kehadiran kedua-dua buah pesawat pejuang Typhoon itu di Ankara menandakan kemajuan di dalam usaha Turkiye untuk memperolehi pesawat itu yang berhadapan dengan “masalah” sebelum ini.
Bulan lepas, Menteri Pertahanan Turkiye itu mengumumkan bahawa Jerman telah memberi lampu hijau kepada penjualan 40 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Ankara.
Dengan pengumuman itu, Jerman telah mengugurkan bantahannya terhadap cadangan perolehan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon oleh Turkiye.
Guler berkata kerajaan Jerman pada mulanya membantah penjualan pesawat pejuang terbabit kepada Turkiye tetapi akhirnya bersetuju selepas didesak oleh negara-negara Eropah lain yang turut membangunkan Eurofighter Typhoon.
Sejak beberapa tahun lepas, Turkiye telah menyatakan minatnya untuk memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu untuk meningkatkan lagi kemampuan tentera udaranya selepas ia dikeluarkan daripada program F-35, tetapi hasratnya itu telah dihalang oleh Jerman.
Ankara dikeluarkan daripada program perolehan pesawat pejuang generasi kelima, F-35 selepas ia meneruskan hasratnya untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak jauh S-400 “Triumf” buatan Russia.
Jerman dikatakan enggan meluluskan penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu kepada Turkiye kerana “bengang” dengan kritikan-kritikan keras negara Mediterranean itu terhadap tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 40,000 orang.
Turkiye mahu memperolehi varian terkini pesawat pejuang Eurofighter Typhoon iaitu “Tranche 4.”
Eurofighter Typhoon
Dilengkapi dengan radar AESA “CAPTOR E”, Eurofighter Typhoon Tranche 4 dikatakan adalah varian pesawat pejuang termoden Eropah yang boleh berkhidmat sehingga ke tahun 2060. 
Jerman dikatakan telah memesan 38  buah pesawat pejuang Typhoon Tranche 4. — DSA
Eurofighter TyphoonfeaturedJermanTurkiye
Comments (0)
Add Comment