Upacara “Steel Cutting” Bagi Pembinaan Kapal Littoral Mission Ship Batch II TLDM di Turkiye

Kapal Littoral Mission Ship Batch II milik TLDM ini mempunyai keupayaan peperangan pelbagai dimensi merangkumi peperangan anti permukaan, peperangan anti udara dan peperangan elektronik serta bakal meningkatkan keupayaan tempur dan keupayaan operasi TLDM.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Upacara Steel Cutting bagi projek Littoral Mission Ship Batch II (LMSB2) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dilaksanakan di Istanbul Shipyard, Turkiye, hari ini (4 Dis 2024).
Majlis telah disempurnakan oleh Panglima TLDM Laksamana Datuk Zulhelmy  Ithnain dan disaksikan oleh delegasi Kementerian Pertahanan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian Dr Mohd Bakhari Ismail serta wakil TLDM dan Pasukan Projek LMSBII.
Menurut kenyataan media sosial TLDM hari ini, Steel Cutting merupakan acara pemotongan plat besi kapal sebagai simbolik permulaan aktiviti pembinaan kapal.”
“Reka bentuk berasaskan kapal korvet Kelas ADA ini telah dipilih oleh TLDM melalui memorandum persefahaman Government-to-Government (G2G) yang mana STM (Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM) telah dilantik sebagai kontraktor utama.”
“Kapal korvet Kelas-ADA telah dioperasikan oleh Angkatan Laut Turkiye dan Tentera Laut Pakistan. Selain itu, kapal kelas yang sama juga dalam proses pembinaan dan menjalani fasa ujian untuk perolehan Tentera Laut Pakistan dan Tentera Laut Ukraine.”
Kapal LMSBII ini mempunyai keupayaan peperangan pelbagai dimensi merangkumi peperangan anti permukaan, peperangan anti udara dan peperangan elektronik serta bakal meningkatkan keupayaan tempur dan keupayaan operasi TLDM.
(gambar kredit TLDM)

Ringkasan:

Upacara pemotongan plat besi (Steel Cutting) bagi projek Littoral Mission Ship Batch II (LMSB2) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berlangsung di Istanbul Shipyard, Turkiye. Majlis tersebut disempurnakan oleh Panglima TLDM, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, dan disaksikan oleh wakil Kementerian Pertahanan serta Pasukan Projek LMSB2.

Kapal LMSB2 ini direka berdasarkan korvet Kelas ADA yang digunakan oleh Angkatan Laut Turkiye dan Tentera Laut Pakistan. Kapal ini akan dilengkapi keupayaan peperangan pelbagai dimensi termasuk anti-permukaan, anti-udara, dan peperangan elektronik, dengan sistem persenjataan canggih seperti peluru berpandu ATMACA dan sensor teknologi tinggi daripada syarikat pertahanan Turkiye seperti HAVELSAN, ASELSAN, dan ROKETSAN.

Projek ini dijalankan melalui kerjasama kerajaan-ke-kerajaan (G2G), dengan STM (Savunma Teknolojileri Muhendislik) sebagai kontraktor utama. Pembinaan tiga kapal LMSB2 dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2027. Kapal ini akan meningkatkan keupayaan operasi TLDM untuk melaksanakan pelbagai misi maritim.

Kapal ini turut dilengkapi dengan sistem persenjataan dan penderia berteknologi tinggi bagi di atur gerak melaksanakan misi dalam domain maritim negara.
Pembinaan kapal ini dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung 2027 sebelum diserahkan kepada TLDM.
Menurut kenyataan media sosial TLDM itu lagi, turut hadir  pada upacara Steel Cutting itu adalag Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia dan Pengurus Besar STM Mr Özgür Güleryüz, General Manager Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM).
Pada awal Jun lalu, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menandatangani Surat Penerimaan (Letter of Acceptance – LOA) dengan Presiden Secretariat of Defence Industries (SSB) Turkiye bagi perolehan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II untuk TLDM.
LOA itu telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang melakukan lawatan kerja selama lima hari ke Turkiye dengan Presiden SSB Prof Dr Haluk Gorgun.
(gambar kredit TLDM)
Ketiga-tiga buah kapal LMS Batch 2 itu akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tiga tahun enam bulan.
Kapal-kapal Littoral Mission Ship Batch II (LMSBII) milik TLDM yang sedang dibina di Turkiye direkabentuk supaya ia berkemampuan melaksanakan pelbagai tugasan di perairan.
Memandangkan ia akan dilengkapi dengan suite sensor dan persenjataan serta kawalan serta pemerintahan (Command and Control) yang canggih, maka, ketiga-tiga buah buah kapal LMS Batch II milik TLDM itu berkemampuan melaksanaan pelbagai tugasan ketika berada di perairan.
Ia boleh melaksanakan tugasan Anti-Peperangan Kapal Selam (ASUW), Anti-Peperangan Udara (AAW), Peperangan Tidak Simetri (ASYW) dan Peperangan Elektronik (EW).
Pembinaan dan usaha melengkapkan kapal-kapal itu akan dilakukan di Turkiye dengan pembabitan mendalam syarikat-syarikat pertahanan negara itu.
Rekabentuk kapal LMS Batch II milik TLDM adalah berdasarkan kepada korvet kelas-ADA oleh STM dari Turkey
Sebagai kontraktor utama, STM akan menggunakan produk-produk industri pertahanan Turkiye seperti  Combat Management System, 76 mm Gun Fire Control System yang akan dibekalkan oleh syarikat HAVELSAN.
Manakala 3D Search Radar, Fire Control Radar, IFF, 30mm Gun, ESM dan Chaff Decoy System dan sensor elektronik yang lain akan dibekalkan oleh syartikat ASELSAN.
Manakala sistem peluru berpandu anti-kapal ATMACA akan dibekalkan oleh syarikat ROKETSAN. — DSA

featuredLMSSteel CuttingTurkiye