UNIK… Kapal Perang Qatar “Al Fulk”, Gabung Peranan Friget Pertahanan Udara dan LPD

Dinamakan “Al Fulk”, ia adalah sebuah kapal perang yang mempunyai rekabentuk yang unik kerana menggabungkan ciri-ciri sebuah kapal perang permukaan dengan misi utamanya sebagai kapal pertahanan udara dengan Landing Platform Dock (LPD).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Tentera Laut Qatar telah menerima kapal perang terbaru daripada syarikat pembuat kapal Itali, Fincantieri yang merupakan kapal Landing Platform Dock Pelbagai Misi (Multi Mission Landing Platform Dock).
Dinamakan “Al Fulk”, ia adalah sebuah kapal perang yang mempunyai rekabentuk yang unik kerana menggabungkan ciri-ciri sebuah kapal perang permukaan dengan misi utamanya sebagai kapal pertahanan udara dengan Landing Platform Dock (LPD).
Menurut pemerhati pertahanan, kapal perang terbaru Tentera Laut Qatar itu seberat 8,800 tan mempunyai rekabentuk yang unik kerana ia menggabungkan pelbagai kemampuan di dalam satu “pakej”.
Dibina di limbungan kapal milik Fincantieri di Palermo dan Muggiano di Itali, kapal perang itu dilengkapi dengan dek penerbangan yang besar dan boleh menempatkan helikopter-helikopter NH90 , hangar serta internal dock yang boleh mengerah kapal-kapal pendarat (landing craft) membawa anggota tentera marin, kereta perisai dan pelbagai senjata lain termasuk meriam untuk operasi di daratan.
Dengan kelajuan kruis 15 knot, kapal perang “Al Fulk” boleh beroperasi sejauh 7,000 Batu Nautika.
“Al-Fulk” itu direkabentuk mengikut standard ditetapkan oleh RINAMIL untuk melaksanakan tugas dan operasi udara, lautan dan daratan.

Ringkasan:

Tentera Laut Qatar baru-baru ini menerima kapal perang baharu, Al Fulk, daripada pembuat kapal Itali, Fincantieri. Kapal Landing Platform Dock (LPD) serbaguna ini menggabungkan ciri kapal perang permukaan dan kapal pendaratan, menjadikannya unik dengan berat 8,800 tan.

Dilengkapi dek penerbangan luas untuk helikopter NH90, hangar, dan internal dock untuk misi pendaratan, Al Fulk mampu membawa anggota marin, kenderaan perisai, serta pelbagai senjata. Dengan panjang 143 meter dan kapasiti 550 anggota, ia direka untuk menjalankan misi udara, laut, dan darat, termasuk pertahanan udara, operasi bantuan kemanusiaan, dan sokongan tentera darat.

Keupayaan utamanya terletak pada sistem radar multifungsi AESA Kronos dan Vertical Launch System (VLS) Sylver A50, yang boleh melancarkan peluru berpandu Aster 30 Block 1 dan SAAM-ESD, berupaya mengesan serta menangani ancaman peluru berpandu balistik. Al Fulk adalah sebahagian daripada kontrak bernilai €5 bilion (RM23.4 bilion) dengan Itali yang turut merangkumi empat korvet kelas Al Zubarah dan dua kapal peronda pesisir pantai kelas Al Musherib.

Ia akan membolehkan kapal perang terbaru Tentera Laut Qatar itu melaksanakan pelbagai misi daripada kemanusiaan, pertahanan udara kepada operasi-operasi bantuan anggota tentera darat, menurut syarikat yang bertanggungjawab membina kapal itu, Fincantieri.
Bagaimanapun misi utama kapal perang “Al Fulk” itu adalah operasi pertahanan udara, di mana ia akan beroperasi bersama kapal-kapal perang korvet pertahanan udara kelas-Al Zubarah yang turut dibina oleh syarikat Fincantieri.
Panjang keseluruhan kapal unik milik Tentera Laut Qatar itu adalah 143 meter dengan lebar (wide) sebanyak 21.5 meter selain berkeupayaan membawa sebanyak 550 anggota tentera.
Kapal “Al Fulk” dilengkapi dengan radar multi-fungsi AESA “Active Electronically Scanned Array” (AESA) “Kronos” yang sama sebagaimana dimiliki oleh kapal korvet pertahanan udara kelas-Al Zubarah.
Satu lagi ciri unik kapal “Al Fulk” adalah ia dilengkapi dengan 16 sel Vertical Launch System (VLS) “Sylver A50” yang boleh melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara Aster 30 Block 1 dan juga SAAM-ESD yang dibangunkan oleh MBDA.

Menurut Fincantieri, kemampuan yang dimiliki oleh kapal perang unik “Al-Fulk” dengan gabungan radar AESA multi-fungsi Kronos, radar L-Band Kronos Power Shield dan gabungan peluru berpandu udara-ke-darat Aster 30 Block 1 serta SAAM-ESD berkemampuan untuk mengesan dan menangani ancaman peluru berpandu ballistik.
Kapal perang “Al Fulk” itu adalah sebahagian daripada pakej empat buah kapal korvet kelas-Al Zubarah, dua buah kapal peronda pesisir pantai (OPV) kelas-Al Musherib dan sebuah kapal Landing Platform Dock Pelbagai Misi yang diperolehi oleh Tentera Laut Qatar daripada Itali bernilai kira-kira Euro 5 Billion (RM23.4 Billion) dalam perjanjian yang ditandatangani pada 2017. — DSA

Al FulkfeaturedFincantieriQatar