UK, Itali dan Jepun Dedah Model Pesawat Pejuang Gen-6 Mereka Buat Pertama Kali

Program Global Combat Air Programme (GCAP) yang membabitkan tiga buah negara itu bermatlamat untuk membangunkan pesawat pejuang generasi ke-6 untuk menggantikan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dan Mitsubishi F-2 yang sedang digunakan oleh Royal Air Force, Tentera Udara Itali dan Japan Air Self-Defense Force.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tiga buah negara Global Combat Air Programme (GCAP) – United Kingdom, Italy dan Jepun telah mendedahkan model pesawat pejuang masa hadapan yang sedang dibangunkan mereka pada Farnborough International Air Show 2024 yang sedang berlangsung pada masa ini.

Menunjukkan buat pertama kali model pesawat generasi ke-6 itu, negara-negara anggota GCAP dan syarikat terlibat, BAE Systems (UK), Leonardo (Italy) dan Mitsubishi Heavy Industries (Japan) telah menampilkan kemajuan dalam program untuk membangunkan pesawat pejuang akan datang.

Model pesawat pejuang masa hadapan yang dipamerkan pada pameran pertahanan itu menonjolkan bahagian sayap pesawat yang lebih besar, bertujuan meningkatkan lagi kemampuan aerodinamiknya.

Pengarah Urusan Future Combat Air Systems, BAE Systems Herman Claesen berkata bahawa program GCAP itu telah mencapai banyak kemajuan sejak ia dilancarkan 18 bulan yang lalu.

“Telah 18 bulan sejak program GCAP itu dilancarkan, kami telah bekerja dengan rapat dengan rakan industri kami di Itali dan Jepun dibawah perjanjian kerjasama dan juga dengan tiga kerajaan yang terlibat untuk memahami keperluan bagi pesawat pejuang masa hadapan.”

“Model baru yang dipamerkan buat pertama kali pada Farnborough International Air Show, menunjukkan kemajuan dalam rekabentuk dan konsep kepada pesawat masa hadapan ini. Kami akan terus menguji dan melakukan evolusi  terhadap rekabentuk pesawat pejuang itu untuk terus bergerak ke tahap seterusnya program itu.”

Ketua Program GCAP di Leonardo, Guglielmo Maviglia berkata program pembangunan pesawat pejuang masa depan itu telah mencapai kemajuan yang baik dengan komitmen daripada rakan-rakan kerjasama yang lain.

Felo kanan di Mitsubishi Heavy Industries, Hitoshi Shiraishi pula berkata bahawa kemajuan program itu adalah amat menakjubkan.

Pesawat pejuang yang sedang dibangunkan itu dijangka akan mula terbang pada tahun 2035, muncul sebagai di antara pesawat pejuang paling moden dan canggih di dunia dan menampilkan sistem persenjataan paling moden serta radar generasi masa depan.

Pesawat pejuang yang sedang dibangunkan oleh negara-negara GCAP itu juga akan menampilkan – “interoperable, adaptable, and connected fighter jets, featuring an intelligent weapons system, a software-driven interactive cockpit, integrated sensors, and a next-generation radar providing significantly more data than current systems.”

Program GCAP adalah usaha yang amat strategik, menggabungkan usaha oleh negara-negara UK, Itali dan Jepun bagi membangunkan pesawat pejuang masa depan.

Program itu mensasarkan usaha untuk meningkatkan lagi keselamatan, politik dan kemajuan ekonomi kepada negara-negara peserta, mewujudkan ribuan pekerjaan dengan skill tinggi dan memajukan lagi skill industri dan teknologi.

Pesawat pejuang masa depan yang sedang dibangunkan oleh negara-negara anggota GCAP itu akan dikenali sebagai “Tempest” di United Kingdom.

Syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam program itu termasuklah BAE Systems (UK), Leonardo (Italy), dan Mitsubishi Heavy Industries (Japan), dnegan pembabitan daripada syarikat-syarikat seperti Avio Aero, ELT Group, IHI, MBDA, Mitsubishi Electric dan Rolls-Royce.

Program GCAP yang membabitkan tiga buah negara itu bermatlamat untuk membangunkan pesawat pejuang generasi ke-6 untuk menggantikan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dan Mitsubishi F-2 yang sedang digunakan oleh Royal Air Force, Tentera Udara Itali dan Japan Air Self-Defense Force. — DSA

 

featuredGCAPGenerasi 6Pesawat
Comments (0)
Add Comment