Walau Berusia 38 Tahun, KD Lekir Kebanggaan Negara

Kapal korvet KD LEKIR yang akan mencecah usia 39 tahun pada tahun hadapan menjadi kebanggaan di bulan kemerdekaan ini kerana telah berjaya mengharumkan nama negara di dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 yang tersohor di dunia ini.

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kapal Diraja (KD) LEKIR milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah selamat kembali ke Pangkalan TLDM Lumut setelah selesai menyertai Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 Edisi Ke-28.

Eksesais RIMPAC  bermula pada 29 Jun 2022 sehingga 4 Ogos 2022 yang lalu di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat dan berakhir dengan jayanya.

Ia merupakan eksesais multilateral terbesar di dunia yang disertai oleh 26 buah negara dari seluruh dunia melibatkan kira-kira 38 buah kapal perang, tiga buah kapal selam, 11 angkatan tentera darat, 170 pesawat pejuang dan helikopter serta 25,000 anggota dari seluruh dunia.

(Kredit TLDM)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Kapal korvet KD LEKIR yang akan mencecah usia 39 tahun pada tahun hadapan menjadi kebanggaan di bulan kemerdekaan ini kerana telah berjaya mengharumkan nama negara di dalam eksesais yg tersohor di dunia ini.

Walaupun tiada piala atau pingat untuk dibawa pulang namun, pujian serta pengiktirafan atas kejayaan KD LEKIR mempamerkan profesionalisma serta tahap kesiagaan tertinggi melaksanakan semua siri latihan yg dirancang dengan cemerlang tiada nilainya.

Kemuncak kecemerlangan KD LEKIR dalam ekesesais ini adalah penembakan misil Exocet MM40 yg tepat mengenai sasaran pada jarak maksima. 

(Kredit TLDM)

 

Ia adalah penembakan peluru berpandu oleh kapal perang milik negara yang  pertama di luar perairan Malaysia.

Dalam “Sinking Exercise” (SINKEX) pada Eksesais RIMPAC di perairan Hawaii, KD Lekir bersama beberapa kapal perang serta pesawat negara lain telah berjaya menenggelamkan kapal ex-USS Rodney M.Davis (FFG 60).

Selain KD Lekir, kapal-kapal perang dan pesawat yang terlibat dalam SINKEX itu adalah daripada Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.

Kapal KD Lekir telah berjaya melancarkan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 tepat ke sasaran pada SINKEX itu yang berlangsung pada 12 Julai lepas.

Kapal guided missile frigate ex-USS Rodney M.Davis selepas terkena peluru berpandu yang dilancarkan oleh kapal dan pesawat Malaysia, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat pada SINKEX sempena RIMPAC. (kredit DVIDSHUB)

 

Sementara itu, kejayaan warga mengoperasikan kapal KD Lekir tanpa sebarang kerosakan sepanjang 62 hari di laut juga perlu dipuji dan dibanggakan.

Mengekalkan kesiagaan tertinggi sebuah kapal seusia ini, dengan kekerapan tempo operasi yg tinggi bukannya satu perkara yg mudah. 

Sewajarnya, kepulangan KD LEKIR selepas tiga hari kita meraikan hari kemerdekaan disambut dengan meriah oleh ahli keluarga serta The Navy People.

Warga KD LEKIR, kamu  adalah kebanggaan negara di bulan kemerdekaan ini.

SUMBER : BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK, MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT

Kapal korvet TLDM, KD Lekir (TLDM)

 

 

 

featuredKD LekirPulangRIMPACTLDM
Comments (0)
Add Comment