TLDM Dikatakan Telah Keluarkan RFP Untuk Enam Buah Helikopter ASW Ganti Super Lynx

Request For Proposal (RFP) bagi enam buah helikopter Peperangan Anti-Kapal Selam (Anti Submarine Warfare) itu adalah langkah permulaan untuk program menggantikan enam buah helikopter Super Lynx Mk300 yang dioperasikan oleh TLDM pada ketika ini (sebenarnya hanya empat helikopter Super Lynx masih beroperasi).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengemukakan permohonan Request For Proposal (RFQ) untuk perolehan enam buah enam buah helikopter anti-peperangan kapal selam (ASW – Anti Submarine Warfare).

RFP bagi enam buah helikopter ASW itu adalah langkah permulaan untuk program menggantikan enam buah helikopter Super Lynx Mk300 yang dioperasikan oleh TLDM pada ketika ini (sebenarnya hanya empat helikopter Super Lynx masih beroperasi).

Sebagaimana yang diketahui sebelum ini.  TLDM sememangnya berhasrat untuk menggantikan enam buah helikopter Super Lynx Mk300 yang telah pun digunakannya sejak tahun 2003 dan pada tahun ini usia helikopter terbabit sudah pun mencecah 21 tahun.

Daripada enam buah helikopter Super Lynx Mk300 yang diperolehinya daripada Augusta Westland (dahulu dikenali sebagai GKN Westland Helicopter), hanya empat buah sahaja masih dioperasikan  oleh TLDM pada ketika ini.

“TLDM kini mengendalikan empat daripada enam pesawat (helikopter) untuk operasi peranan maritim bagi menyokong keperluan operasi dan latihan armada.”

“Dua (buah) lagi diletakkan di bawah Penyimpanan Jangka Panjang (LTS) disebabkan tiada sokongan keperluan lojistik pesawat,” menurut Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob di dalam temuramah dengan akhbar tempatan pada April tahun lepas.

Beliau juga mengesahkan bahawa helikopter Super Lynx Mk300 itu akan digantikan.

Panglima TLDM, terdapat kemungkinan angkatan itu mendapatkan helikopter baru itu menerusi kaedah sewa apabila perkhidmatan helikopter Super Lynx Mk300 itu dihentikan secara berperingkat.

 Varian tentera laut helikopter terbabit merupakan helikopter pelbagai guna untuk operasi peperangan anti-permukaan (anti-surface), peperangan anti-kapal selam (anti-submarine warfare), mencari dan menyelamat serta pelbagai operasi lain.

Sejumlah 200 buah helikopter Super Lynx beroperasi dengan 11 buah tentera lau di seluruh dunia dan pernah terlibat dalam beberapa konflik di serata dunia termasuk Operation Iraqi Freedom 2003.

Helikopter Super Lynx boleh membawa pelbagai sistem persenjataan termasuklah empat butir peluru berpandu “Sea Skua” untuk operasi pemusnahan ancaman permukaan pada jarak sederhana dan jauh, sebagaimana yang digunakan oleh TLDM.

AW159 Wildcat

 

Selain itu, Super Lynx juga boleh dilengkapi dengan depth charges dan torpedo untuk misi peperangan anti-kapal selam.

Antara nama-nama helikopter yang disebut-sebut berpotensi untuk menggantikan helikopter  Super Lynx milik TLDM adalah AW159 “Wildcat” yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

Helikopter AW159 Wildcat merupakan helikopter berkemampuan, moden dan lincah untuk digunakan bagi misi-misi peperangan anti-kapal selam dan peperangan anti-permukaan.

Selain itu, helikopter AW159 Wildcat itu juga boleh melaksanakan operasi-operasi Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaissance (ISTAR), pemintasan maritime dan lain-lain lagi.

Helikopter AW159 Wildcat juga telah dipilih oleh Tentera Laut Korea Selatan dan Tentera Laut Filipina. 

Selain helikopter AW159 Wildcat,  syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) dilaporkan turut menunjukkan minat yang tinggi untuk terlibat dalam program penggantian helikopter Super Lynx Mk300 milik TLDM itu.

Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa KAI akan “memasuki gelanggang” sekiranya Kementerian Pertahanan membuka tender untuk memperolehi helikopter bersesuaian untuk menggantikan helikopter Super Lynx yang digunakan TLDM ketika ini.

Helikopter “Marineon” oleh Korea Aerospace Industries (KAI)

 

Defence Security Asia difahamkan KAI bakal mengetengahkan “Marineon” MOH (Marine Operation Helicopter) yang merupakan varian marin helikopter “Surion” dibangunkan oleh syarikat  itu dan digunakan secara meluas oleh cabang-cabang Angkatan Tentera Korea Selatan.

Helikopter “Marineon”/”Surion” telah dibangunkan oleh KAI dengan menggabungkan kelebihan-kelebihan teknologi diperolehi menerusi pengoperasian helikopter Amerika Syarikat dan Eropah oleh negara itu, selain menggunakan platform dan sistem yang sudah sedia ada di pasaran.

Konfigurasi helikopter “Marineon” yang diketengahkan oleh KAI untuk memenuhi keperluan TLDM adalah “Marine Operation Helicopter” (MOH), dengan spesfikasi teknikalnya akan ditentukan kemudian oleh TLDM dan KAI.

Konfigurasi MOH “Marineon” adalah lebih sesuai untuk memenuhi keperluan TLDM.

Secara asasnya,helikopter “Marineon” MOH antaranya itu boleh dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-darat, peluru berpandu udara-ke-udara, torpedo, Gatling Gun, mesingan berat dan lain-lain lagi.

Manakala bagi sistem sensor pula, helikopter itu boleh dilengkapi dengan Sonarbuoy, Electronic Support Measure (ESM), Forward Looking Infra Red (FLIR), Search Radar dan sebagainya, manakala  untuk tujuan Anti-Submarine Warfare (ASW), helikopter “Marineon” MOH  boleh dilengkapi dengan “dipping sonar” untuk mengesan kehadiran kapal-kapal selam musuh. — DSA

ASWfeaturedHelikopterTLDM
Comments (0)
Add Comment