Tentera Laut Thailand Pilih Dron Israel, Hermes 900

Dron Hermes 900 buatan Israel itu akan digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi tugas-tugas pemantauan dan pengintipan di kawasan pesisiran pantai negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thailand dikatakan menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan Filipina untuk menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) “Hermes 900” buatan syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems.

Dron Hermes 900 buatan Israel itu akan digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi tugas-tugas pemantauan dan pengintipan di kawasan pesisiran pantai negara itu.

Laporan media pertahanan antarabangsa mengatakan pemilihan dron Hermes 900 yang dikategorikan sebagai dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) oleh Tentera Laut Thailand itu dilakukan selepas melalui proses tender terbuka antarabangsa.

Hermes 900 dipilih selepas bersaing dengan MQ-9 Reaper yang dibangunkan oleh General Atomics, Heron oleh Israel Aerospace Industries dan Wing Loong 2 daripada China.

Thailand dikatakan bakal membelanjakan US$120 juta (RM480 juta) untuk memperolehi tujuh buah unit dron Hermes 900 itu, dua buah mobile ground station dan sebuah indoor ground station.

Dron Hermes 900 itu juga boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan.

Perolehan dron Hermes 900 oleh Thailand itu menambah koleksi sistem pesawat tanpa pemandu yang digunakan oleh tentera Thailand pada ketika ini.

Dron MQ-9 Reaper oleh General Atomics.

 

Pada ketika ini, tentera negara jiran Malaysia itu telah pun menggunakan dron Orbiter 3B, Camcopter S-100 dan RQ-21 Black Jack.

Dron Hermes 900 yang dilengkapi dengan muatan seberat 300kg untuk membawa pelbagai peralatan elektronik dan penderia (sensor) boleh berada di udara selama 36 jam tanpa henti dan terbang pada ketinggian 30,000 kaki.

Antara muatan yang boleh dibawa oleh Hermes 900 itu termasuklah electro-optical/infrared sensors, synthetic-aperture radar/ground-moving target indication, communications dan electronic intelligence, electronic warfare dan hyperspectral sensors.[5]

Tugas utama dron Hermes 900 adalah untuk melaksanakan tugas-tugas bagi operasi Intelligence, Surveillance, Target Acquisition dan Reconnaissance (ISTAR).

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Pada akhir bulan lepas, sebuah dron Hermes 900 milik Tentera Udara Filipina telah terhempas pagi ketika melakukan penerbangan di Cagayan del Oro, sebuah bandar yang terletak di utara Mindanao, selatan negara itu.

Pesawat tanpa pemandu Hermes 900 itu telah terhempas di sebuah kawasan semak-samun di bandar itu tidak lama selepas Tentera Udara Filipina kehilangan segala bentuk komunikasi dengan ground control station yang mengawalnya.

Filipina dipercayai membelanjakan US$175 juta (RM700 juta) untuk memperolehi kira-kira sembilan buah pesawat tanpa pemandu Hermes 900 dan empat buah Hermes 450 serta segala peralatan sokongan, alat ganti dan ground control station.– DSA

ElbitfeaturedHermes 900IsraelThailand