Tentera Udara Turki “Dihukum” Akibat Isu S-400 Dari Russia

Bukan setakat Turki dikeluarkan daripada program pembangunan F-35 dan dilarang membeli pesawat generasi kelima itu, kini usahanya untuk membeli 40 pesawat F-16 Block 60 serta 80 kit pemodenan pesawat itu juga dihalang oleh sejumlah besar anggota Kongres Amerika.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Turki berdepan masalah besar pada ketika ini kerana ia berhadapan dengan pilihan yang terhad dalam usahanya untuk mendapatkan pesawat pejuang, selepas “ditendang keluar” oleh Amerika Syarikat daripada program pembangunan F-35.

Semuanya bermula apabila Ankara berdegil untuk mendapatkan sistem pertahanan udara “S-400” daripada Russia,walaupun Washington memberi amaran bahawa ia akan dikenakan CAATSA jika meneruskan hasratnya.

Bukan setakat Turki dikeluarkan daripada program pembangunan F-35 dan dilarang membeli pesawat generasi kelima itu, kini usahanya untuk membeli 40 pesawat F-16 Block 60 serta 80 kit pemodenan pesawat itu juga dihalang oleh sejumlah besar anggota Kongres Amerika.

Tentera udara negara Mediterranean itu mempunyai kira-kira 250 buah pesawat F-16 C/D Block 30 yang semakin “tidak berkeupayaan” menangani cabaran peperangan moden, manakala seteru utamanya, Greek baru sahaja memperolehi pesawat Rafale daripada Perancis.

Greek memperolehi 24 buah pesawat Rafale.

Paderi memberikan restu kepada pesawat-pesawat Rafale yang baru diterima oleh Greek.

 

Walaupun Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar mengatakan bahawa negara itu akan mendapatkan pesawat lain sekiranya Amerika Syarikat enggan menjual 40 buah pesawat F-16 dan 80 kit pembangunan pesawat F-16, tetapi pilihan dihadapan Ankara adalah terhad.

Beliau memberi bayangan bahawa Turki boleh membeli pesawat-pesawat pejuang Russia seperti Su-35 (Flanker-E) atau Su-57 atau Su-75 jika ia gagal memperolehi varian terkini F-16 daripada Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, jika Turki membeli pesawat-pesawat  Russia, negara itu tidak dapat lari daripada kemungkinan berhadapan dengan risiko CAATSA.

Pesawat Sukhoi Su-35 (Flanker-E)

 

Ia juga tidak boleh bergantung dengan program pembangunan pesawat generasi kelimanya, “T-FX” yang baru sahaja bermula dan memerlukan kira-kira sedekad sebelum ia menunjukkan sebarang hasil.

Memandangkan Turki tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan pesawat, program “T-FX” itu juga berhadapan dengan risiko kegagalan.

Jadi apa pilihan Turki pada ketika ini?

Jika ia berharap untuk mendapatkan pesawat Eurofighter Typhoon, ia akan gagal kerana Britain sudah tentu tidak mahu menjual pesawat itu kerana ia telah pun mengenakan sekatan terhadap Ankara kerana tindakan ketenteraannya di Syria.

Pesawat Eurofighter Typhoon.

 

Bagi pesawat Rafale pula, Greek sudah menggunakannya dan semestinya Perancis yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Athens pasti tidak akan menjual pesawat pejuang Omnirole yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation itu kepadaTurki.

Turki boleh mendapatkan varian terkini “Gripen-E” atau varian terkini pesawat JF-17 Block 4 usahasama Pakistan dan China yang menggunakan radar “Active Electronically Scanned Array” (AESA) serta peluru berpandu udara-ke-udara seperti PL-10 dan PL-15 buatan industry pertahanan negara Komunis itu.

Atau jika ia mahu,Turki boleh cuba mendapatkan pesawat generasi kelima buatan China, J-20 Mighty Dragon tetapi jika Ankara berbuat demikian,ia tidak akan disenangi oleh Amerika Syarikat dan NATO.

Pesawat J-20 “Mighty Dragon”China.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Mana ada anggota utama NATO membeli senjata daripada China.

Satu lagi opsyen Turki adalah dengan mendapatkan pesawat generasi 4.5 “KF-21 Boramae” yang sedang dibangunkan oleh Korea Selatan sebagai “stop-gap measure” sebelum ia mendapatkan pesawat generasi kelima.

Turki dan Korea Selatan telah pun mempunyai hubungan ketenteraan yang baik sebelum  ini dan mungkin itulah pilihan yang ada kepada Ankara bagi memastikan tentera udaranya terus dapat bersaing dengan Tentera Udara Greek. — DSA

F-16featuredS-400Turki