Tentera Malaysia-Amerika Erat Hubungan Menerusi Eksesais Tiger Strike 2024

Pada eksesais Tiger Strike kali ini, 10 Briged (Para) Tentera Darat Malaysia telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan eksesais ini bersama anggota 15th Marine Expeditionary Unit (MEU) dan kapal Amphibious Transport Dock, USS SOMERSET di Kawasan Am Kuala Terengganu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Eksesais Tiger Strike 2024 di antara tentera Malaysia dan Amerika Syarikat telah pun melabuhkan tirainya  di Aslan’s Urban Competency Area (AUCA), 18 RAMD (Para).

Upacara penutup itu telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Mohd Fauzi Tengku Ibrahim pada 5 Jun 2024.

Pada eksesais kali ini, 10 Briged (Para) Tentera Darat Malaysia telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan eksesais ini bersama anggota 15th Marine Expeditionary Unit (MEU) dan kapal Amphibious Transport Dock, USS SOMERSET di Kawasan Am Kuala Terengganu.

 Pelaksanaan eksesais ini berkonsepkan Operasi Amphibious dan Operasi Air Assault yang mana merupakan intipati dalam Blueprint Way Forward 10 Briged (Para).

Eksesais ini telah berlangsung bermula dari 29 Mei sehingga 7 Jun 24 yang melibatkan trup dari 10 Briged (Para) dari Tentera Darat Malaysia, KD Terengganu dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan No 10 Skn dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

(kredit Tentera Darat Malaysia)

 

Dalam ucapannya, Timbalan Panglima Tentera Darat telah menyatakan pelaksanaan Eksesais Tiger Strike pada tahun ini telah mencapai objektif yang telah digariskan iaitu — menyemai kebersamaan, mengeratkan hubungan ketenteraan dan persefahaman antara dua negara.

Ia juga menjurus kepada pelaksanaan Operasi Amfibi dan Operasi Air Assault dimana secara tidak langsung meningkatkan interoperabiliti dan profesionalisme antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United States Force (USF) dalam mengekalkan kestabilan serantau.

Ia jugamenjadi medium pertukaran pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kepakaran antara ATM dan USF.

Pelaksanaan aktiviti ini sejajar dengan Teras Kedua dan Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Inovasi Peperangan Bersama dan Anjakan Diplomasi Pertahanan yang telah diterjemahkan melalui pelaksanaan Eksesais Bilateral diantara Tentera Darat Malaysia dan tentera Amerika Syarikat.

(kredit Tentera Darat Malaysia)
(kredit Tentera Darat Malaysia)

 

Turut hadir dalam upacara perbarisan adalah Commodore Amphibious Squadron 5 (CPR-5), Capt James Robinson, Panglima 10 Briged (Para), Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (OPLAT), Mej Jen Dato’ Hj Semaon bin Hj Marjuki.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh Defence Attache, Capt Pasit Somboonpakron, Commanding Officer of Combat Logistics Battalion 15th, Lt Col LE Mathwick dan Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Muzamil bin Hj Ali. — DSA

AmerikafeaturedMalaysiaTiger Strike
Comments (1)
Add Comment