Tentera Darat Peroleh 7,500 Butir Peluru Mortar 60 mm

Kementerian Pertahanan mahu memperolehi tiga jenis peluru mortar iaitu High Explosive (HE) berjumlah 2,500 butir, Smoke Bursting berjumlah 2,500 butir dan Illuminating juga berjumlah 2,500 butir.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk memperolehi sejumlah 7,500 butir peluru mortar 60 mm untuk unit-unit Tentera Darat Malaysia (TDM).

Tender tersebut telah dibuka pada 14 Sept 2021 dan akan ditutup pada 5 Okt 2021.

Peluru-peluru mortar 60 mm itu adalah untuk kegunaan operasi dan latihan yang akan dilaksanakan oleh Tentera Darat.

Di dalam iklan tender itu, Kementerian Pertahanan mahu memperolehi tiga jenis peluru mortar iaitu High Explosive (HE) berjumlah 2,500 butir, Smoke Bursting berjumlah 2,500 butir dan Illuminating juga berjumlah 2,500 butir.

Ia membawa bilangan keseluruhan peluru-peluru mortar 60mm itu kepada 7,500 butir.

Sebagaimana yang tertera di dalam iklan tender itu, spesifikasi peluru-peluru mortar 60 mm adalah seperti berikut:

  • There is a requirement to equip the in service 60 mm Mortar with Mortar Bomb 60 mm High Explosive (HE). The bomb is intended for use in operations and training carried out by the Malaysian Army. The bomb shall be able to be fired from the following in service mortar tubes: 1.1 Mortar 60 mm Model `COMMANDO’ Type HB. 1.2 Mortar 60 mm Esperanza ECIA Model `C’. 1.3 Any latest Mortar 60 mm.
  • There is a requirement to equip the in-service 60 mm Mortar with Mortar Bomb 60 mm Smoke Bursting. The bomb is intended for use in operations and training carried out by the Malaysian Army. The bomb shall be able to be fired from the following mortar tubes: 1.1 Mortar 60 mm Model `COMMANDO’ Type HB. 1.2 Mortar 60 mm Esperanza ECIA Model `C’. 1.3 Any latest Mortar 60 mm.
  • There is a requirement to equip the in-service 60 mm Mortar with Mortar Bomb 60 mm ILLUMINATING. The bomb is intended for use in operations and training carried out by the Malaysian Army. The bomb shall consist of bomb body filled with Illuminating Composition, nose fuze, tail unit, cartridge primary and cartridges augmenting. The bomb shall be able to be fired from the following mortar tubes: 1.1 Mortar 60 mm Model `COMMANDO’ Type HB. 1.2 Mortar 60 mm Esperanza ECIA Model `C’. 1.3 Any latest Mortar 60 mm

Kesemua peluru-peluru itu perlu berkemampuan untuk dilancarkan daripada mortar 60 mm Model `COMMANDO’ Type HB atau Mortar 60 mm Esperanza ECIA Model `C’ atau apa-apa Mortar 60 mm terkini.

Peluru-peluru mortar 60 mm itu (kesemuanya 7,500 butir) perlu dihantar ke 93 Depot, Pusat Peluru, Kem Mempaga, 28600, Bentong, Pahang.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

60 mmKementerian PertahananMortar