Tentera Darat Mohon Maaf Dua Insiden Kerosakkan Babitkan Kenderaannya

Kejadian pertama berlaku dua hari lepas melibatkan sebuah kereta kebal PT-91M Pendekar seberat 46 tan manakala kejadian kedua pula membabitkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Darat Malaysia memohon maaf susulan dua insiden kerosakan kenderaan Tentera Darat yang terlibat dengan raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2022, menurut kenyataan oleh Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat.

Kejadian pertama berlaku dua hari lepas melibatkan sebuah kereta kebal PT-91M Pendekar seberat 46 tan yang mengalami kerosakan di Jalan Damansara susur keluar Carcosa ke KL Sentral, di sini.

Kereta kebal buatan Poland itu baru sahaja selesai menjalani raptai perbarisan dan dalam perjalanan ke tempat parkir Kenderaan Jenis A (KJA) sebelum berhenti secara tiba-tiba akibat masalah enjin dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi itu.

(DBKL)

 

Armoured Recovery Vehicle telah diaturgerakkan memberi bantuan menarik kenderaan itu dan telah berjaya dialihkan ke tempat parkir KJA di Muzium Negara, di sini pada 11 pagi itu untuk kerja-kerja pembaikan, “ menurut kenyataan.

Kejadian melibatkan kereta kebal itu telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk. 

Kejadian kedua pula berlaku pada 11.26 pagi semalm tadi di Muzium Negara melibatkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan

 Berikutan itu, anggota mekanik diatur gerak ke lokasi dan membuat kerja pembaikan dan kenderaan tersebut siap dibaiki pada 12.30 tengah hari tadi dan meneruskan kembali perjalanan.

Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai yang rosak semalam (sumber FB)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

“Untuk makluman, sebanyak 129 aset kenderaan tentera darat terlibat dalam perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

“Oleh yang demikian, Tentera Darat memohon maaf susulan dua insiden yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

Tentera Darat juga akan memastikan kejadian sedemikian tidak berulang dan jika berlaku, Recovery Team bersama Kembalik (kenderaan trak tunda tentera) yang telah berada di lokasi berhampiran akan bertindak pantas menunda kenderaan tersebut bagi mengelak kesesakan lalu lintas. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

featuredKenderaanPT-91MRosakTentera Darat