[VIDEO] Tentera Amerika Rampas “Bertan-Tan” Senjata Dipercayai Dari Iran Ke Pemberontak Houthi

Senjata-senjata yang ditemui di dalam dhow itu termasuk peluru berpandu anti-kereta kebal buatan Russia, ratusan mesingan PKM, raifal sniper, ribuan senjata Type 56 buatan China serta Rocket Propelled Grenade (RPG).

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Kapal kruiser peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat “USS Monterey” (CG 61) telah menahan sebuah bot tradisi Arab dipanggil “dhow” di perairan antarabangsa utara Laut Arab pada 6 Mei lepas dan merampas bertan-tan senjata api dipercayai untuk kegunaan pemberontak Houthi di Yemen.

Senjata-senjata yang ditemui di dalam dhow itu termasuk peluru berpandu anti-kereta kebal buatan Russia, ratusan mesingan PKM, raifal sniper, ribuan senjata Type 56 buatan China serta Rocket Propelled Grenade (RPG).

Turut ditemui didalam perahu tradisi itu adalah alatan-alatan optik bagi senjata untuk peperangan pada waktu malam.

Menurut pemerhati, jumlah senjata yang dirampas itu adalah cukup besar dan cukup untuk menggerakkan satu ketumbukan angkatan tentera.

 

Dipercayai destinasi utama bagi senjata-senjata tersebut yang dirampas daripada bot tradisi Arab itu adalah kumpulan militant Houthi di Yemen dengan pihak yang bertanggungjawab membekalkannya adalah pihak tentera Iran.

Iran adalah penyokong utama pemberontak Houti di Yemen.

Ia adalah diantara rampasan senjata paling besar yang dilakukan oleh pihak tentera bersekutu di Laut Arab sejak kebelakangan ini.

Gambar oleh Tentera Laut Amerika Syarikat

 

Menurut kenyataan oleh pihak tentera laut Amerika Syarikat, selepas merampas kesemua senjata daripada bot tradisi itu,  anak-anak kapal dan bot itu dilepaskan dan tidak diambil tindakan.

Pada Februari tahun lepas, pihak tentera laut Amerika Syarikat turut merampas pelbagai jenis senjata termasuk peluru berpandu anti pesawat daripada bot-bot tradisi Arab yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menghantar bekalan senjata kepada pemberontak Houthi.

Gambar oleh Tentera Laut Amerika Syarika
Gambar oleh Tentera Laut Amerika Syarikat

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

HouthiIranLaut ArabSenjataTentera Laut AmerikaYemen