Pesawat “Tejas” Dilengkap Dengan JDAM Untuk Serangan Tepat

Perolehan kit-kit JDAM (Joint Direct Attack Munition) untuk dilengkapkan pada pesawat Tejas akan memastikan pesawat pejuang itu mampu melakukan serangan tepat terhadap kubu-kubu dan landasan kapal terbang musuh pada kedudukan sejauh 80km atau lebih.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi memastikan pesawat pejuang “Tejas” berkemampuan melakukan serangan-serangan tepat (precision strike) terhadap kedudukan musuh,  Tentera Udara India bakal melengkapkan pesawat pejuang ringan buatan tempatan itu dengan kit Joint Direct Attack Munition (JDAM) buatan Amerika Syarikat.

Perolehan kit-kit JDAM untuk dilengkapkan pada pesawat Tejas akan memastikan pesawat pejuang itu melakukan serangan tepat terhadap kubu-kubu dan landasan kapal terbang musuh pada kedudukan sejauh 80km atau lebih.

Menurut seorang pegawai tentera udara India sebagaimana dipetik oleh media tempatan berkata, bom-bom JDAM akan memastikan Tejas mampu melakukan serangan-serangan tepat di kawasan sempadan yang sentiasa bergolak sama ada dengan China atau Pakistan.

Pesawat Tejas yang dibangunkan oleh syarikat Hindustan Aeronautics Ltd (HAL)

 

Pada ketika ini, Tentera Udara India telah pun mengoperasikan dua skuadron pesawat pejuang ringan Tejas dan bakal menambah empat lagi skuadron pesawat itu dalam masa beberapa tahun mendatang ini.

Pesawat pejuang ringan Tejas itu telah dibangunkan oleh syarikat tempatan,Hindustan Aeronautics Limited (HAL) untuk menggantikan pesawat pejuang MiG-21 Tentera Udara India yang telah usang dan kerap terhempas.

“Pesawat pejuang Tejas adalah jauh lebih baik daripada pesawat pejuang JF-17 yang dibangunkan secara bersama oleh China dan Pakistan.

Bom Joint Direct Attack Munitions (JDAM).

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

“Gabungan JDAM dan Hammer akan meningkatkan kemampuan Tejas untuk melakukan serangan-serangan yang tepat di sasaran,” kata serorang lagi pegawai kanan Tentera Udara India yang enggan mendedahkan identitinya kepada media tempatan negara itu.

Selain JDAM buatan Amerika Syarikat, Tentera Udara India juga melengkapkan pesawat pejuang ringan Tejas itu dengan peluru berpandu HAMMER (Highly Agile Modular Munition Extended Range) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Perancis.

Media tempatan mengatakan usaha sedang dilakukan oleh Tentera Udara India untuk mengintegrasikan peluru berpandu udara ke darat Bunker Buster  “HAMMER”  dengan pesawat-pesawat Tejas yang sudah pun dimilikinya.

Pesawat pejuang Tejas juga dilengkapi dengan peluru berpandu HAMMER.

 

HAMMER merupakan peluru berpandu udara-ke-darat jarak sederhana yang boleh membedil kubu-kubu musuh daripada jarak sejauh 70km.

Peluru berpandu HAMMER itu turut digunakan oleh pesawat-pesawat Rafale Tentera Udara dan Tentera Laut Perancis.

Pesawat pejuang ringan Tejas dan syarikat HAL merupakan salah satu pesaing yang menyertai persaingan merebut kontrak perolehan 18-36 pesawat pejuang ringan (Light Combat Aircraft) dan Fighter Lead-In Trainer (FLIT) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia. — DSA

featuredHALJDAMTejasTUDM