MILDEF Bekal 178 Buah Kenderaan HMAV “Tarantula” Pada ATM?

Bagaimanapun, sumber Defence Security Asia hari ini mempertikaikan laporan oleh Janes itu dengan mengatakan bahawa pada ketika ini syarikat pertahanan tempatan itu belum menerima sebarang “hitam putih” mengenai perolehan kenderaan HMAV "Tarantula" oleh ATM itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media pertahanan antarabangsa, Janes, ,melaporkan bahawa syarikat pertahanan tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) bakal membekalkan sejumlah 178 buah kenderaan kombat High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) “Tarantula” kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sumber memberitahu Janes bahawa kenderaan itu akan mula dihantar kepada ATM pada tahun depan.

Bagaimanapun, sumber Defence Security Asia mempertikaikan laporan oleh Janes itu dengan mengatakan bahawa pada ketika ini syarikat pertahanan tempatan itu belum menerima sebarang “hitam putih” mengenai perolehan kenderaan HMAV “Tarantula” oleh ATM itu.

“Setakat ini kami tidak menerima sebarang black and white mengenai perkara itu,” kata sumber itu.

Beliau mengatakan bahawa laporan itu berkemungkinan hanyalah “permainan psikologi” oleh pesaing-pesaing kepada syarikat tempatan itu yang turut melihat penuh minat persaingan untuk membekalkan kenderaan kombat kepada ATM.

Bekas Menteri Pertahanan negara pada Oktober tahun lepas menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4×4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.

Bagaimanapun, seperti biasa tiada perincian mengenai jenis kenderaan yang bakal diperolehi oleh Kementerian Pertahanan.

Kenderaan perisai HMAV “Tarantula” oleh MILDEF itu boleh dilengkapi dengan Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm, Anti-Tank Guided Weapon (ATGW), Multiple Grenade Launcher (MGL) dan lain-lain sebagaimana dikehendaki oleh pelanggan.

Bagaimanapun, spesifikasi akhir kenderaan akhir itu adalah mengikut kehendak pelangggannya.

Kenderaan Tarantula dengan Lipan Bara.

 

“Tarantula” dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga yang paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi spesifikasi mana-mana negara yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Kenderaan perisai itu dilengkapi dengan perlindungan perisai bawahan Stanag 4569 Level 2B dan perlindungan perisai badan Stanag 4569 Level 2 untuk melindungi krew di dalam kenderaan tersebut.

Nisbah kuasa dan berat untuk MILDEF HMAV4x4 adalah 24 kuasa kuda/tan.

Tarantula memberikan pelepasan ruang bawah yang luas untuk kenderaan ini agar dapat melepasi pelbagai halangan dengan mudah.

Tarantula seberat 14 tan itu dihasilkan Mildef dalam tempoh empat tahun penyelidikan dan pembangunan yang menelan belanja RM16 juta.
Menggunakan enjin turbo diesel 6.6-liter 6-selinder sebaris dari Caterpillar, Tarantula mampu beroperasi dari suhu serendah -21 darjah Celsius hingga 49 darjah Celsius.
Kenderaan itu juga mempunyai kadar perlindungan perisai daripada peluru, balistik, bom tangan dan periuk api. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

ATMfeaturedHMAVMILDEFTarantula
Comments (0)
Add Comment