Britain Sudah “Kehabisan” Senjata Untuk Disumbang Pada Ukraine
Britain sudah “kehabisan” senjata untuk dihantar ke Ukraine bagi membantu negara Eropah Timur itu menangani pencerobohan tentera Russia di selatan negara itu.
Browsing tag
Britain sudah “kehabisan” senjata untuk dihantar ke Ukraine bagi membantu negara Eropah Timur itu menangani pencerobohan tentera Russia di selatan negara itu.
Penggunaan secara meluas dron-dron berani mati Russia terutamanya “LANCET” akan mendedahkan kereta kebal M1A1 Abrams buatan Amerika Syarikat kepada “kemusnahan lebih cepat” sebaik sahaja ia memasuki medan pertempuran di Ukraine.
Diantara lapan hingga 10 kereta kebal utama M1A1 Abrams daripada 31 buah yang “didermakan” oleh Amerika Syarikat telah pun tiba di Ukraine beberapa hari lepas dan kini sedang disiap-sediakan sebelum dihantar ke medan peperangan untuk berhadapan dengan tentera Russia.
Komander Armada Laut Hitam Russia Viktor Sokolov membuat “kemunculan” dalam stesen televisyen kerajaan negara itu menghadiri mesyuarat bersama Menteri Pertahanan, beberapa hari selepas Ukraine mengisytiharkan kejayaan “membunuhnya.”
Amerika Syarikat dilapor enggan menghantar lebih banyak sistem pertahanan udara “Patriot” ke Ukraine selepas peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” Russia didakwa berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara canggih itu yang mengawal ruang udara Kiev Mei lalu.
Sekumpulan anggota tentera Russia mendakwa mereka telah berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal utama Leopard yang dibekalkan oleh Jerman kepada tentera Ukraine dalam pertempuran di Wilayah Zaphorizia, selatan Ukraine.
Ukraine dilapor enggan menerima sumbangan 10 buah kereta kebal utama Leopard 1A5 daripada Jerman kerana kereta kebal terbabit berada di dalam keadaan terlalu usang dan memerlukan usaha baikpulih yang ekstensif, tetapi Kiev tidak memiliki kepakaran untuk memperbaikinya.
Laporan dari Russia mendakwa tentera Ukraine terpaksa membatalkan penerbangan pesawat-pesawat kombatnya selepas peralatan navigasi pesawat terbabit mengalami “gangguan” yang kuat sehingga menyebabkan komponen penting itu gagal berfungsi.
Belum lagi tiba di bumi Ukraine, penganalisis ketenteraan antarabangsa sudah pun meramalkan 31 buah kereta kebal M1A1 Abrams yang didermakan oleh Amerika Syarikat bakal menjadi “lauk” kepada peluru-peluru berpandu anti-kereta kebal Russia terutamanya “Kornet.”
Beberapa hari lepas, dunia ketenteraan digemparkan dengan solusi luar kotak Russia yang meletakkan deretan tayar-tayar buruk di atas pesawat pengebom Tu-95 “Bear” dan Tu-160 “Blackjack” di salah sebuah pangkalan udara negara itu bagi mengelak ia menjadi mangsa kepada serangan dron-dron berani mati Ukraine.