Russia Musnah Kereta Kebal Leopard Ukraine Dioperasi Krew Anggota Tentera Jerman

Apa yang memeranjatkan anggota tentera Russia itu adalah kesemua krew kereta kebal Leopard yang dimusnahkan oleh peluru berpandu anti-kereta kebal itu adalah anggota tentera Jerman atau lebih dikenali dengan panggilan “Bunderswehr.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekumpulan anggota tentera Russia mendakwa mereka telah berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal utama Leopard yang dibekalkan oleh Jerman kepada tentera Ukraine dalam pertempuran di Wilayah Zaphorizia, selatan Ukraine.

Bagaimanapun apa yang memeranjatkan anggota tentera Russia itu adalah kesemua krew kereta kebal Leopard yang dimusnahkan oleh peluru berpandu anti-kereta kebal itu adalah anggota tentera Jerman atau lebih dikenali dengan panggilan “Bunderswehr.”

Dakwaan itu diceritakan oleh ketua kumpulan anti-kereta kebal tentera Russia yang dikenali dengan panggilan “Legend” kepada agensi berita Russia, Sputnik.

“Selepas memusnahkan kereta kebal Leopard itu dengan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal, kami bergerak ke arah kereta kebal itu.”

“Bagaimanapun kami melihat mekanik yang merupakan salah seorang krew kereta kebal Leopard masih hidup, walaupun beliau mengalami kecederaan yang amat parah. Apabila kami menghampiri mekanik itu beliau mula melaungkan ‘nicht schieben’ (yang bermaksud jangan tembak dalam bahasa Jerman).”

Kereta kebal Leopard dan kereta perisai Bradley yang ditinggalkan oleh tentera Ukraine dalam serangan balas di wilayah Zaphorizia, selatan Ukraine.

 

“Kesemua krew kereta kebal Leopard yang lain telah mati,” kata “Legend” kepada agensi berita itu.

Mekanik kereta kebal Leopard yang mengalami kecederaan parah itu berulang-kali menyatakan bahawa beliau bukan anggota tentera upahan tetapi anggota tetap tentera Jerman, sama seperti krew kereta kebal Leopard yang terbunuh itu.

Ketika diberikan rawatan, mekanik kereta kebal Leopard itu memberitahu anggota tentera Russia nama brigednya dan lokasi penempatan mereka.

Walaupun cuba diselamatkan, namun anggota tentera Jerman yang bertindak sebagai mekanik kereta kebal Leopard itu menemui ajal ketika diberikan rawatan perubatan.

Jerman adalah di antara penyokong paling kuat kepada Ukraine dengan pelbagai bantuan kewangan dan persenjataan.

Antara sistem persenjataan utama sumbangan kerajaan Jerman kepada Ukraine adalah kereta kebal utama Leopard yang dbangunkan oleh syarikat Jerman,Rheinmetall.

Leopard 1A5
Peluru berpandu anti-kereta kebal “Kornet” buatan Russia.

 

Buat permulaan, Jerman dilaporkan telah “mendermakan” sejumlah 18 buah kereta kebal utama Leopard 2 kepada tentera Ukraine dan disusuli oleh varian kereta kebal Leopard yang lebih berusia, Leopard 1.

Selain Jerman, negara-negara Eropah lain turut menyumbangkan kereta kebal Leopard 1 dan Leopard 2 kepada Ukraine manakala United Kingdom pula telah menyumbangkan kereta kebal Challenger 2 kepada Kiev.

Sejumlah 31 buah kereta kebal utama M1A1 Abrams sumbangan Amerika Syarikat dijangka sampai ke Ukraine tidak lama lagi.

Selain menyumbang kereta-kereta kebal Leopard kepada Ukraine, Jerman juga bertanggungjawab dalam memberikan latihan kepada anggota tentera Ukraine dalam mengendalikan kereta kebal Leopard buatan Jerman itu,

Latihan itu dilaporkan diadakan di pangkalan-pangkalan tentera NATO di Jerman. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredJermanKereta KebalLeopardUkraine
Comments (0)
Add Comment