UAE Tidak Akan “Hidupkan” Perjanjian Perolehan 50 Buah F-35 Dengan Amerika
Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak bercadang untuk menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat berkenaan perolehan 50 buah pesawat pejuang generasi kelima F-35, yang sebelum ini tertangguh selepas kekalahan Donald Trump dalam pilihanraya presiden negara itu empat tahun lepas.