Browsing tag

Tembak

Penduduk Myanmar Bakar Kilang Milik Syarikat China, Tentera Tembak Mati 63 Orang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Myanmar menembak mati 51 peserta perhimpunan selepas mereka membakar beberapa buah kilang milik syarikat-syarikat China di kawasan perindustrian di Hlaingthaya, di luar Yangon semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Myanmar mengadakan perhimpunan di kawasan perindustrian itu bagi membantah sokongan kerajaan China terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Myanmar pada 1 Februari lepas.

Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tiga nelayan Vietnam cedera terkena serpihan tembakan selepas cuba menyerang anggota penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) kira-kira 80 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Pahang, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Amran Daud berkata, kejadian berlaku 5.25 pagi apabila anggota Maritim menghampiri bot mereka untuk menjalankan siasatan.

NGO Bantah Tindakan Polis Tembak Mati 4 Lelaki Dipercayai Penjenayah Di Johor Semalam

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Polis Johor menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah warga asing selepas insiden berbalas-tembak dan pergelutan yang turut menyebabkan seorang anggota cedera – dan  hari ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mengkritik tindakan polis itu. NGO itu menggelar diri mereka “Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan” (EDICT) atau “Eliminating Death […]

Polis Johor Tembak Mati Empat Penjenayah Warga Asing

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat lelaki dipercayai warga asing mati selepas terlibat dalam kejadian pergelutan dan berbalas tembak dengan pihak polis di Jalan Pagoh-Parit Sulong kira-kira pukul 3.15 pagi tadi. Dalam kejadian itu, seorang anggota polis turut cedera dibahagian tangan akibat ditikam kerambit. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, sebelum berlakunya kejadian itu […]