Empat Anggota TUDM Maut Dalam Kejadian Tembak Di Sarawak

Dipetik oleh akhbar Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM di sini, pagi ini.

Dipetik oleh akhbar Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas.

“Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

Gambar kredit Harian Metro

 

Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

“Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,” katanya.

Katanya, pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak hadir di tempat kejadian.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian.

DEFENCE SECURITY ASIA/HARIAN METRO

SamarahanTembakTUDM
Comments (0)
Add Comment