Selepas 24 Tahun Diperbaiki, Kapal Perang “Terkuat” Russia Sedia Jalani Ujian Laut
Russia menyatakan bahawa kapal perang “terkuatnya”, kruiser-kelas Kirov “Admiral Nakhimov” (Projek 11442M) kini sudah bersedia untuk menjalani ujian di laut pada akhir tahun ini selepas kerja-kerja pembaikan dan naik-taraf terhadapnya bermula pada 1999 selesai dijalankan di Limbungan Kapal Sevmash.