Radar AESA Apakah Jadi Pilihan FA-50 Block 20 Malaysia (Sekira Negara Membelinya)?
Sebagaimana yang kita ketahui, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menawarkan varian “paling berkemampuan” pesawat FA-50 iaitu Block 20 kepada Malaysia sekiranya negara memilih pesawat pejuang buatan Korea Selatan itu untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).