Mengapa Thailand Jadikan Malaysia “Sasaran” Dalam Pembelian Kapal Selamnya?
Pihak tentera Thailand berdegil tetap mahu meneruskan perolehan tiga buah kapal selam “S-26T” daripada China yang diidam-idamkannya sejak berdekad lamanya, walaupun menerima kecaman yang amat hebat daripada rakyatnya yang mahu kerajaan pimpinan pimpinan Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha membatalkan pembelian kapal selam itu.