Malaysia Rancang Life Extension Program (LEP) Terhadap Kereta Kebal “Pendekar” PT-90M
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam jawapan lisannya bertarikh pada 25 Mac lepas menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan merancang untuk melaksanakan Life Extension Program (LEP) terhadap kereta kebal utama “Pendekar” PT-90M milik Tentera Darat Malaysia.