Poland Sah Pindahkan 30 Kereta Kebal PT-91 “Twardy” aka “Pendekar” Ke Ukraine

Perdana Menteri Poland Mateusz Morawieki mengesahkan kepada media Kanada bahawa negara itu bersedia memindahkan 30 buah kereta kebal PT-91 “Twardy” serta 14 buah kereta kebal Leopard 2 kepada Ukraine dalam beberapa minggu mendatang ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Poland adalah antara penyokong kuat Ukraine dan telah menghantar ratusan kereta kebal buatan Russia dimilikinya bagi membantu negara jirannya itu menentang pencerobohan tentera Russia.

Sejak konflik Russia-Ukraine tercetus pada Februari tahun lepas, Poland telah pun menghantar kira-kira 250 buah kereta kebal buatan Russia yang dimilikinya seperti T-72 kepada Ukraine.

Kini Perdana Menteri negara itu Mateusz Morawieki mengesahkan kepada media bahawa ia bersedia memindahkan puluhan buah kereta kebal PT-91 “Twardy” serta kereta kebal Leopard 2 kepada Ukraine dalam beberapa minggu mendatang ini.

“Poland adalah negara pertama yang telah menghantar 250 buah kereta kebal kepada Ukraine. Kali ini kami bersedia untuk menghantar 60 buah daripada kereta kebal PT-91 yang telah dinaiktaraf serta 14 buah kereta kebal Leopard 2,” kata beliau kepada media Kanada.

Sebagaimana yang kita ketahui, kereta kebal PT-91 Poland adalah kereta kebal sama PT-91M “Pendekar” yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

ATM memiliki 48 buah kereta kebal PT-91M “Pendekar”.

Kereta kebal PT-91 “Twardy” Poland merupakan kereta kebal T-72M yang telah dinaiktaraf.

Kereta kebal PT-91 Twardy seberat 46 tan itu merupakan varian kereta kebal T-72 yang telah dinaiktaraf dengan alatan dan komponen Barat menjadikannya lebih berkemampuan dan berkeupayaan daripada kereta kebal T-72 yang asal.

PT-91M “Pendekar” milik ATM

 

Semasa Perang Dingin, Poland menghasilkan kereta kebal T-72 secara berlesen tetapi pada pertengahan 1980-an ia mula mencari pengganti kepada kereta-kereta kebal buatan Russia-nya itu.

Membeli varian terkini T-72 atau kereta kebal yang lebih moden iaitu T-80 merupakan antara cadangan yang dipertimbangkan oleh Poland, tetapi situasi politik dalam negara pada itu membataskan keupayaan kewangannya.

Oleh itu ia bertindak menaiktaraf kereta-kereta kebal T-72 yang dimiliknya kepada PT-91 “Twardy.”

Selepas dinaiktaraf, kereta kebal PT-91 adalah amat berlainan dengan T-72 kerana ia telah dilengkapkan dengan plet-plet armor reaktif, enjin lebih berkuasa, fire control system yang jauh lebih baik, mekanisme loading yang baru dan berbagai penambahbaikan yang meningkatkan lagi prestasi PT-91 ke suatu tahap yang baru.  

Latihan fording snorkelling kereta kebal Pendekar PT-91. (Gambar Daripada Berita Tentera Darat Malaysia)

 

Salah satu kelemahan paling ketara pada kereta kebal T-72 Poland iaitu ketidakstabilan meriamnya juga telah diatasi, yang membolehkan kereta kebal menenang sasaran dengan lebih cepat sewaktu bergerak.

Kereta kebal PT-91 juga menggunakan meriam 125mm smoothbore, yang membolehkan tentera Ukraine menggunakan peluru-peluru yang sama sebagaimana ia gunakan pada kereta-kereta kebal T-72 miliknya.

Penganalisis juga mengatakan bahawa perolehan kereta-kereta kebal PT-91 oleh Ukraine bakal membantu tentera negara itu kerana ia dapat digunakan di medan perang serta-merta tanpa suatu tempoh latihan yang panjang.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ini kerana kereta kebal PT-91 asalnya kereta kebal T-72 yang biasa digunakan oleh tentera Ukraine, dengan tempoh penyesuaian yang lebih pendek berbanding kereta-kereta kebal Abrams, Challenger atau Leopard yang memerlukan tempoh latihan dan penyesuaian yang lebih panjang, memakan masa berbulan-bulan lamanya.

Tentera Poland dikatakan memiliki sehingga 232 buah kereta-kereta kebal PT-91 “Twardy”. — DSA

 

 

ATMfeaturedPendekarPolandPT-91Ukraine
Comments (0)
Add Comment