Pesawat Peronda Maritim Amerika Ceroboh Ruang Udara Algeria Untuk “Buru” Kapal Selam Russia
Sebuah pesawat peronda maritim milik Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) P-8A Poseidon dilaporkan menceroboh ruang udara Algeria ketika mengekori (shadow) sebuah kapal selam Russia, Krasnodar (B-256) yang sedang menuju ke pelabuhan di negara Afrika Utara itu.