Pesawat Pejuang JF-17 Pakistan Bakal Dipertingkat Kemampuan Menerusi “OCU” (PFX Alpha)
Ketika International Defence Exhibition and Seminar 2024 (IDEAS) yang berlangsung baru-baru ini, Taman Teknologi Sains Aeroangkasa Kebangsaan (NASTP) Tentera Udara Pakistan mendedahkan bahawa pesawat pejuang JF-17 miliknya akan dipertingkatkan kemampuannya menerusi perlaksanaan apa yang dipanggil “Operational Capability Upgrade” (OCU).