Amerika Letak Sistem Peluru Berpandu NMESIS di Selat Luzon, Paling Dekat Dengan Tanah Besar China
Kor Marin Amerika Syarikat (USMC) telah mengerahkan sistem peluru berpandu Navy-Marine Expeditionary Ship Interdiction System (NMESIS) dilengkapi dengan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) ke Selat Luzon — yang merupakan salah satu daripada laluan perairan paling strategik dan tegang di dunia.