Penantian Pesawat MPA Bagi TUDM Bakal Berakhir?
Sebagai sebuah negara maritim yang dikelilingi oleh lautan luas, Malaysia amat memerlukan pesawat peronda maritim yang khusus (dedicated MPA – Maritime Patrol Aircraft) untuk memantau perairan negara daripada segala bentuk ancaman dan pencerobohan terutamanya di kawasan perairan milik kita di Laut China Selatan.