“Borneo War”, Usaha TLDM Pertahan Kedaulatan Malaysia Timur
Berkonsepkan Field Training Exercise (FTX), latihan Perang Borneo atau lebih dikenali sebagai #BorneoWar memfokuskan pendekatan dinamik untuk melatih dan menilai keupayaan semasa aset serta kecekapan warga Armada Timur dalam aspek navigasi, komunikasi dan peperangan maritim.