Amerika Bawa Balik Kereta Kebal T-90A Russia Untuk “Kajian”
Tentera Amerika Syarikat dipercayai telah membawa balik sebuah kereta kebal T-90A milik Russia yang berjaya ditawan oleh tentera Ukraine di medan peperangan negara itu pada tahun lepas.
Browsing tag
Tentera Amerika Syarikat dipercayai telah membawa balik sebuah kereta kebal T-90A milik Russia yang berjaya ditawan oleh tentera Ukraine di medan peperangan negara itu pada tahun lepas.
Russia dilaporkan telah menubuhkan dan sedang melatih unit-unit “pembunuh kereta kebal” bagi menangani kereta-kereta kebal buatan negara Barat yang akan dioperasikan oleh tentera Ukraine dalam tempoh terdekat ini.
Berikutan pengumuman oleh Amerika Syarikat bahawa ia akan menghantar kereta kebal Abrams kepada Ukraine, seorang peperangan kereta kebal Russia dengan penuh yakin menyatakan bahawa kereta kebal buatan syarikat Chrysler Defense itu mempunyai kelemahannya tersendiri, yang bakal diekploitasi secukupnya oleh operator kereta kebal Russia.
Angkatan Tentera Turkiye akan menerima dua buah prototaip kereta kebal “Altay” yang baru hari ini daripada syarikat tempatan, BMC Defense untuk tujuan ujian sebelum produksi secara besar-besaran kereta kebal keluaran tempatan itu dimulakan pada 2025.
Walaupun dijanjikan dengan “sumbangan” lebih daripada 320 buah kereta kebal moden buatan Barat menjelang April, tetapi penganalisis menyatakan Ukraine berkemungkinan besar akan hanya memperolehi kira-kira 50 buah kereta kebal sahaja.
Pada ketika Amerika Syarikat dan sekutu Eropah berlumba-lumba mahu menghantar kereta kebal ke Ukraine, syarikat-syarikat Russia pula tampil mengemukakan tawaran wang tunai kepada mana-mana anggota tenteranya yang berjaya muncul sebagai individu pertama yang berjaya memusnahkan atau menawan kereta kebal buatan negara Barat itu.
Presiden Amerika Syarikat Jo Biden telah pun mengumumkan bahawa negara itu akan mengirimkan 31 buah kereta kebal Abrams kepada Ukraine untuk digunakan oleh tentera negara itu bagi menentang pencerobohan tentera Russia.
Walaupun berhadapan dengan tekanan daripada sekutunya di Eropah serta ahli politik berpengaruh dalam negara, Amerika Syarikat tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengirimkan kereta kebal utama Abrams ke Ukraine.
Canselor Jerman Olaf Scholz berhadapan dengan tekanan demi tekanan daripada beberapa negara Eropah supaya membenarkan penghantaran kereta kebal utama Leopard ke Ukraine untuk digunakan oleh negara itu bagi menentang tentera Russia.
Russia dilaporkan telah mula mengerah kereta kebal utamanya, T-14 “Armata” ke medan peperangan di Ukraine, aksi pertama di medan peperangan sebenar bagi kereta kebal tercanggih negara itu.