Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia Kena Saman Kerana Isu Batu Puteh
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia dicabar di mahkamah kerana menarik balik permohonan negara pada tahun 2018 untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.