Sebuah Lagi Kapal TLDM, KD Rencong Dikerah Untuk “Shadow” Aktiviti Kapal Penyelidikan China
Kementerian Pertahanan dilaporkan telah mengerah sebuah lagi kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Rencong yang dibina di China untuk membayangi (shadow) dan memantau aktiviti kapal penyelidikan negara itu, Haiyang Dizhi 8 yang menceroboh kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) milik negara.