Pesawat KF-21 Boramae Adalah “Ideal” Untuk TUDM – Presiden KAI
Nampaknya Korea Aerospace Industries (KAI) bukan sahaja mempunyai keyakinan yang amat tinggi untuk menerima pesanan tambahan bagi 18 buah lagi pesawat pejuang FA-50 daripada Malaysia, tetapi ia juga mahu melihat “kesinambungan” dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjadi salah satu pengguna pesawat generasi 4.5 KF-21 “Boramae”.