Jepun Mahu Tenteranya Berkemampuan “Serang Balas” Musuhnya
Disebabkan sikap agresif daripada tentera China, konflik di antara Russia-Ukraine serta peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara, kerajaan Jepun memutuskan untuk meningkatkan belanjawan pertahanannya sekali ganda bagi membolehkan tenteranya dilengkapkan dengan sistem persenjataan untuk “menyerang balas” musuhnya.