Jepun Mahu Tenteranya Berkemampuan “Serang Balas” Musuhnya

Jepun bercadang meningkatkan belanjawan pertahanannya lebih dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kira-kira US$86 bilion (RM344 bilion) dan melengkapkan tenteranya dengan sistem persenjataan offensif.

Jom folow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Disebabkan sikap agresif daripada tentera China, konflik di antara Russia-Ukraine serta peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara, kerajaan Jepun memutuskan untuk meningkatkan belanjawan pertahanannya sekali ganda bagi membolehkan tenteranya dilengkapkan dengan sistem persenjataan untuk “menyerang balas” musuhnya.

Pada ketika ini, belanjawan pertahanan Jepun berjumlah kira-kira US$42 bilion (RM168 bilion) atau 1.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Kini, kerajaan Jepun bercadang meningkatkan belanjawan pertahanannya kepada lebih dua peratus daripada KDNK negara itu atau kira-kira US$86 bilion (RM344 bilion), sekaligus menyahut seruan Amerika Syarikat supaya negara-negara sekutu meningkatkan belanjawan pertahanan mereka.

Pesawat F-15J Jepun

 

Walaupun dengan RM168 bilion, Jepun merupakan negara kesembilan di dunia dengan kadar belanjawan pertahanan terbesar di dunia.

Dengan peningkatan kepada RM344 bilion, Jepun bakal menjadi antara negara yang memiliki belanjawan terbesar di dunia,berkemungkinan hanya dibelakang Amerika Syarikat dan China sahaja.

Peningkatan belanjawan pertahanan itu akan memastikan Tokyo dapat berkongsi dalam menanggung kos penjagaan keselamatan di Indo-Pasifik yang selama ini banyak ditanggung oleh Amerika Syarikat.

Dengan peningkatan sekali ganda belanjawan pertahanan Jepun, negara-negara di rantau boleh menjangkakan juga peningkatan keupayaan tentera Jepun berbanding pada ketika ini.

Kereta kebal Type 10 milik Jepun.

 

Kerajaan Jepun yang dipimpin oleh parti Liberal Demokrat berkata peningkatan belanjawan pertahanan itu adalah akibat pergolakan geo-politik dunia berikutan perang Russia-Ukraine serta sikap agresif China, Korea Utara dan Russia di rantau Indo-Pasifik.

Menteri Pertahanan Jepun Nabuo Kishi pula berkata peningkatan belanjawan pertahanan negara itu akan memberikan tentera negara itu kemampuan untuk “menyerang balas” musuh-musuhnya bagi mempertahankan negara itu daripada sebarang tindakan agresif oleh mana-mana pihak di rantau itu.

Strategi pertahanan peluru berpandu Jepun pada ketika ini menumpukan kepada kemampuan untuk memintas peluru-peluru berpandu yang dilancarkan oleh pihak musuh, tetapi dengan China, Korea Utara dan Russia kini berlumba-lumba membangunkan peluru berpandu hypersonic, strategi pertahanan Jepun itu diihat tidak lagi berkemampuan.

Kedua-dua kapal LHD JS Izumo dan JS Kaga milik Jepun yang bakal diubahsuai untuk menjadi “mini aircraft carrier.”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Kapal pengangkut pesawat pertama Jepun selepas 75 tahun, JS Izumo.

 

Sebab itulah kerajaan Jepun mencadangkan supaya tenteranya memiliki kemampuan untuk “menyerang balas” terhadap musuh-musuhnya.

Kerajaan Liberal Democrat Jepun mencadangkan supaya pihak tentera Jepun bukan sahaja memiliki keupayaan menyerang balas pangkalan-pangkalan tentera musuh tetapi juga aset-aset/pusat-pusat kawalan dan pemerintahan (command and control) milik mereka.

“Serangan balas itu juga perlu disasarkan terhadap pusat-pusat kawalan milik pihak musuh yang bertanggungjawab memberikan arahan supaya Jepun diserang,” katanya. — DSA

 

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

BajetfeaturedJepunSerangan BalasTentera
Comments (0)
Add Comment