Browsing tag

Iraq

[VIDEO] Amerika Dedah Rakaman Detik-Detik Pangkalannya Dibedil Peluru Berpandu Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Amerika Syarikat telah mengeluarkan rakaman-tidak-pernah-dilihat menunjukkan detik-detik serangan peluru berpandu oleh Iran terhadap Pangkalan Al-Asad di Iraq. Rakaman serangan itu telah dibuat oleh dron yang sedang berada di ruang udara berhampiran apabila enam peluru berpandu jarak dekat Qaim-1 menghentam pangkalan yang menempatkan kira-kira 2,000 anggota tentera Amerika Syarikat itu. […]

Serangan Udara Pesawat Pejuang Amerika Di Syria Korbankan 22 Militan Pro-Iran?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Serangan udara Amerika Syarikat terhadap kedudukan militan pro-Iran di sempadan Iraq-Syria didakwa telah mengorbankan kira-kira 22 anggota kumpulan militan terbabit, menurut pemerhati di Syria. Pemerhati konflik di Syria, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) berkata, serangan yang berlaku di Al-Bukamal itu turut memusnahkan tiga buah trak membawa bahan letupan milik kumpulan […]

[VIDEO] Pesawat Amerika Lakukan Serangan Udara Terhadap Kedudukan Militan Pro-Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Amerika Syarika termasuk F-15 Eagle telah melakukan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan-kumpulan militan yang disokong oleh Iran di timur Syria. Serangan udara yang dilancarkan atas arahan Presiden Amerika Syarikat Jo Biden adalah sebagai respons terhadap serangan-serangan yang dilakukan oleh kumpulan terbabit terhadap anggota tentera Amerika di Iraq. […]

[VIDEO] Militan Syiah Lancar Serangan Roket Terhadap Pangkalan Tentera Amerika Di Utara Iraq

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan militant pro-Iran telah melancarkan serangan roket terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat di Erbil, utara Iraq, menyebabkan seorang kontraktor warga asing maut dan lapan yang lain termasuk rakyat Amerika cedera. Ia dikatakan adalah serangan terburuk terhadap kemudahan tentera Amerika di Timur Tengah kebelakangan ini. (Rakaman kejadian serangan roket oleh militan pro-Iran) […]

[VIDEO] Rakaman Serangan Berani Mati Di Iraq

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua pengebom berani mati meletupkan diri masing-masing dalam serangan berani mati di di sebuah pasar yang sibuk di tengah-tengah bandar Baghdad, Iraq, hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 32 orang yang sedang sibuk membeli-belah dan kejadian mengerikan itu berjaya dirakam. Video-video kejadian serangan berani mati itu kini berlegar di media sosial, menunjukkan bagaimana […]