[VIDEO] Amerika Dedah Rakaman Detik-Detik Pangkalannya Dibedil Peluru Berpandu Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Amerika Syarikat telah mengeluarkan rakaman-tidak-pernah-dilihat menunjukkan detik-detik serangan peluru berpandu oleh Iran terhadap Pangkalan Al-Asad di Iraq.

Rakaman serangan itu telah dibuat oleh dron yang sedang berada di ruang udara berhampiran apabila enam peluru berpandu jarak dekat Qaim-1 menghentam pangkalan yang menempatkan kira-kira 2,000 anggota tentera Amerika Syarikat itu.

 

U.S Central Command telah “declassify” video terbabit dan memberinya untuk digunakan dalam rancangan dokumentari “60 Munites” oleh stesen televisyen CBS yang disiarkan pada minggu lepas.l

Serangan itu berlaku pada 8 Jan 2020, di mana menurut Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pada ketika itu Mark Esper memberitahu bahawa 11 butir peluru berpandu Qaim-1 telah membedil Pangkalan Al-Asad manakala dua buah lagi peluru berpandu dikatakan telah dilancarkan terhadap kedudukan tentera Amerika berhampiran Lapangan Terbang Erbil di utara Iraq.

Rakaman detik-detik serangan peluru berpandu itu diambil oleh dron yang berada di ruang udara berhampiran.

Dikatakan sebanyak 16 butir peluru berpandu dilancarkan ke Pangkalan Al-Asad tetapi hanya 11 mengenai sasaran, manakala lima yang lain tidak berfungsi.

Keseluruhannya serangan itu tidak mengakibatkan sebarang kematian dikalangan tentera Amerika  Syarikat, walaupun selepas itu mereka mengakui 110 anggota tenteranya mengalami “traumatic brain injury” susulan serangan itu.

Serangan adalah untuk membalas dendam terhadap serangan dron Amerika yang membunuh komander Quds Force, Pengawal Revolusi Iran Jeneral Qassem Soleiman.

Mengapa tiada kematian dikalangan tentera Amerika walaupun serangan itu tepat mengenai pengkalan itu – jawapannya adalah pihak Pentagon telah memindahkan sebahagian besar anggota tenteranya di pangkalan itu hasil maklumat awal perisikannnya.

Maklumat awal perisikan itu diperolehi hasil pemantauan oleh satelit “Space-Based Infrared System” (SBIRS) yang memberikan Pentagon masa untuk memindahkan anggotanya ke kawasan selamat.

Selain itu, Pentagon juga memantau tindakan kerajaan Iran membeli imej-imej satelit berkenaan lokasi pangkalan itu.

Pihak Amerika menunggu sehingga Iran download imej terakhir satelit Pangkalan Al-Asad sebelum bertindak memindah anggotanya dan aset-asetnya ke kawasan selamat.

Letupan akibat bedilan peluru berpandu Qaim-1 Iran.

— DEFENCE SECURITY ASIA

IraqPangkalan Al-AsadPeluru berpanduQaim-1
Comments (0)
Add Comment