Iran Kini Lengkapi Dron Berani Mati, Shahed-136 Kini Dengan Enjin Turbojet
Dron berani mati “Shahed-136” buatan Iran yang digunakan secara meluas oleh Russia di Ukraine kini dilaporkan telah dilengkapkan dengan enjin turbojet, yang membolehkannya terbang lebih laju, sekaligus menyukarkan lagi usaha pihak musuh untuk menembak jatuh dron itu.